TENTANG KAMI
PENGALAMAN KAMI
FinFixer diasaskan pada 2019 apabila keadaan ekonomi negara mula menunjukkan tanda-tanda kemerosotan dan banyak syarikat serta perniagaan kecil menghadapi masalah kewangan dan terpaksa ditutup kerana tidak mempunyai aliran tunai yang stabil untuk meneruskan operasi.
Dengan lebih 15 tahun pengalaman dalam industri perbankan, FinFixer juga telah membantu lebih 10,000 rakyat Malaysia mendapatkan pembiayaan semula rumah, penyatuan hutang dan sebagainya.
FinFixer ialah organisasi yang menyediakan nasihat kewangan kepada individu-individu yang memerlukan. FinFixer bukan sahaja membimbing malah memberikan perkhidmatan kaunseling untuk membantu lebih ramai rakyat Malaysia mendapatkan kelulusan pembiayaan daripada institusi kewangan yang terpilih.
VISI
Menjadi agensi terulung yang menawarkan khidmat nasihat pengurusan dan perancang kewangan secara komprehensif di Malaysia.
MISI
- Membantu individu (Warganegara Malaysia) menyelesaikan masalah kewangan dan memberi panduan mengenai pengurusan aliran tunai.
- Membantu memudahkan pembelian rumah pertama bagi setiap individu yang berniat melakukannya.
- Menjadi perancang kewangan sepanjang hayat bagi masyarakat di seluruh Malaysia.
- Memastikan segala khidmat dan nasihat yang diberikan adalah yang terbaik bagi menyelesaikan masalah anda.
KONSULTAN KAMI

ARIFF PETER
‘Jatuh itu lumrah, tapi bangkit itu pilihan.’
Ariff Peter, seorang usahawan muda berjiwa besar, bukan sekadar nama dalam dunia perniagaan. Beliau adalah simbol ketahanan dan kebangkitan.
Dari bangku kuliah, Ariff Peter telah menerima biasiswa penuh MARA yang membawanya dari peringkat Diploma hingga MBA dalam Pentadbiran Perniagaan.
Namun, kejayaan tidak datang tanpa cabaran. Ariff Peter pernah melalui detik hitam apabila terlibat dalam kerugian sebanyak RM1.2 juta. Bagi sesetengah orang, ini mungkin penamat, tetapi bagi Ariff Peter, ia adalah titik permulaan. Dengan semangat juang yang tinggi, beliau bangkit dan berjaya melangsaikan segala hutang tersebut pada Disember 2023.
Hari ini, Ariff Peter adalah penggerak di belakang FinFixer, sebuah platform yang komited membantu rakyat Malaysia keluar daripada masalah kewangan.
Berbekalkan pengalaman pahit manis dan ilmu perniagaan yang mendalam, beliau bertekad untuk mengubah nasib mereka yang terhimpit kewangan, satu langkah pada satu masa.

YUMMI LEE
‘Langkah kecil hari ini, hasil besar esok.’
Yummi Lee adalah Konsultan bertauliah yang telah berpengalaman selama 10 tahun dalam bidang Pemasaran & Kewangan. Beliau mempunyai Ijazah dalam pemasaran dan memiliki sijil bisnes dan kewangan.
Bagi Yummi, salah satu aspek paling memuaskan dalam pekerjaannya adalah melihat kegembiraan dan kelegaan di wajah klien apabila mereka berjaya mendapatkan pembiayaan mereka.
Yummi menyedari bahawa dirinya telah memainkan peranan dalam membantu klien mencapai matlamat dan memperbaiki kehidupan mereka. Hal ini memberikan kepuasan yang mendalam dan mendorong Yummi untuk terus memberikan yang terbaik.
Anugerah & Pengiktirafan

Strategic Alliance 2012
Mortgage Sales Platinum

Strategic Alliance 2014
Mortgage Sales Titanium

Strategic Alliance 2014
Mortgage Sales Platinum

Strategic Alliance 2014
RM100 Million Mortgage Sales

Bonanza Challenge
Mortgage Sales 2015 Champion

Strategic Alliance Campaign
2015 Titanium

The 100
Most Influential
Young Enterpreneurs 2018

Top 50 Malaysia's OutStanding
Wealth Advisors 2023
RAKAN KOLABORASI KAMI







RAKAN KOLABORASI KAMI

RAKAN KONGSI KAMI






















