fbpx

Refinance rumah LPPSA

Dari sudut pembelian rumah, pihakΒ Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam (LPPSA)Β menyediakan kemudahan pinjaman perumahan kepada penjawat awam yang layak. Namun, masih terdapat dalam kalangan kakitangan kerajaan belum menggunakan kemudahan pinjaman disediakan oleh LPPSA untuk memiliki kediaman pertama. Jika anda seorang penjawat awam, jangan lepaskan peluang ini untuk mohon!

Kelebihan Pinjaman Rumah LPPSA

Selain disediakan khusus buat penjawat awam, pinjaman LPPSA juga mempunyai banyak manfaat lain, di antaranya adalah:

  • Kadar pinjaman sehingga 100% dengan kadar faedah yang lebih rendah (4%).

  • Penilaian semakan kelayakan hanya dibuat berdasarkan apa yang tercatat di dalam penyata gaji tanpa mengambil kira sebarang komitmen luar seperti pinjaman bank.

  • Mereka yang berdepan masalah kadar keberhutangan yang tinggi juga masih layak untuk memohon.

  • Layak memohon pembiayaan kedua, dengan syarat baki hutang pembiayaan pertama selesai sepenuhnya. Kelayakan tertakluk kepada ansuran bulanan tidak melebihi 50% daripada gaji pokok semasa.

  • Tempoh pinjaman untuk pinjaman pertama adalah selama 30 tahun, manakala untuk pinjaman kedua adalah selama 25 tahun. Tempoh ini juga bergantung kepada usia peminjam.

  • Pakej perumahan sehingga usia 90 tahun.

  • Faedah atas baki pinjaman mengikut kaedah baki berkurangan bagi setiap bulan. Ini bermakna faedah bagi bulan seterusnya akan berkurangan.

  • Pembiayaan untuk pembelian hartanah oleh adik-beradik dibenarkan.

Cara Refinance Rumah LPPSA

Proses yang lebih kurang sama dengan refinance rumah biasa tetapi anda kena pertimbangkan betul-betul jika ingin refinance rumah LPPSA disebabkan kelebihannya yang banyak berbanding pinjaman perumahan biasa.

Β 

Jika anda meneruskan permohonan refinance rumah LPPSA, selepas memproses permohonan anda, bank akan melantik penilai untuk memeriksa rumah anda. Penilai akan menyediakan laporan penilaian yang mengandungi nilai hartanah anda yang sah untuk diserahkan kepada bank.

Β 

Kebiasaannya, proses refinance rumah mengambil masa antara 2 hingga 3 bulan. Dalam sesetengah kes, ia boleh mengambil sehingga 6 bulan. Ini kerana bagi hartanah pegangan pajak dengan hak milik strata atau individu, pihak bank perlu memohon kebenaran atau kelulusan daripada pihak berkuasa negeri.

Β 

Sebaik sahaja pinjaman anda diluluskan, anda akan menandatangani perjanjian pinjaman bank dengan peguam lantikan bank. Pihak bank kemudian akan menyelesaikan pinjaman LPPSA anda yang sedia ada. Baki nilai tunai akan dimasukkan ke dalam akaun bank anda.