
Mengenai Kami
FinFixer merupakan sebuah agensi yang menawarkan khidmat nasihat dan rundingan kewangan kepada mereka yang perlukan bantuan. Tidak sekadar tertumpu kepada kekangan aliran tunai, malah FinFixer turut memberikan konsultasi bagi hal-hal berkaitan pembiayaan kewangan serta pengurusan hutang yang tertunggak.
FinFixer ditubuhkan pada tahun 2019 di mana pada ketika itu keadaan ekonomi negara mula menampakkan tanda-tanda kemelesetan. Ramai yang terhimpit dengan masalah kewangan sehingga ada usahawan yang terpaksa gulung tikar kerana tidak mempunyai aliran tunai yang kukuh untuk meneruskan perniagaan.
Peranan FinFixer
Begitu juga individu yang mula diburu gelisah apabila tidak dapat melunaskan bayaran pinjaman dari institusi kewangan. Hutang tertunggak menjadi semakin banyak. Beban keperitan itu makin menyeksakan setiap hari.
Di sinilah peranan FinFixer dalam membantu meringankan beban anda. Kami akan memberikan panduan bagaimana anda boleh melancarkan semula aliran tunai yang tersekat. Kami akan memastikan setiap pelanggan akan dibimbing oleh pegawai yang terlatih bagi memastikan pelanggan faham setiap panduan yang diberikan dan segala maklumat peribadi anda akan dijaga dan sulit.
Oleh itu, jika anda mengalami salah satu situasi seperti yang telah dinyatakan, usahlah teragak-agak untuk menghubungi kami. Usah bimbang untuk meluahkan kesulitan yang sedang dialami agar kami dapat membantu anda dengan sehabis baik dan setiap maklumat anda akan dijaga dengan baik dan dirahsiakan. Seperti biasa bagi semua kes, kami akan memastikan segala kesulitan anda diselesaikan.
Sebagai Kawan
Kami di FinFixer adalah rakan yang akan sentiasa bersedia untuk menunjukkan jalan keluar kepada anda yang sedang keliru akibat masalah kewangan yang dialami.
Penyelesaian Terbaik
Bermula dari memahami apakah situasi sebenar kewangan anda sehinggalah kepada solusi terbaik yang boleh digunapakai bagi menambah baik keadaan anda sekeluarga.
Selesaikan Masalah
Kami akan sentiasa memastikan segala khidmat dan nasihat yang diberikan adalah yang terbaik bagi menyelesaikan masalah anda.
Misi
✓ Membantu individu (warganegara Malaysia) menyelesaikan masalah kewangan serta memberi tunjuk ajar berkenaan pengurusan aliran tunai.
✓ Membantu memudahkan urusan pembelian rumah pertama bagi setiap individu yang berhasrat untuk berbuat demikian.
✓ Menjadi rakan perancang kewangan sepanjang hayat bagi masyarakat di seluruh Malaysia.
Visi
Menjadi agensi terulung yang menawarkan khidmat nasihat pengurusan dan perancang kewangan secara komprehensif di Malaysia.
