FinFixer Konsultan Kewangan No.1 di Malaysia
Jangan biarkan masalah kewangan menghantui hidup anda!
Orang kata, dalam hidup ini perlukan 5C :Β cash, car, credit card, condominium, and careerΒ (wang tunai, kereta, kad kredit, kondominium, dan kerjaya) untuk berjaya. Ya, memang ada benarnya, tetapi juga harus ingat, 5C yang hebat itu menyebabkan ada tanggungjawab bayar hutang yang besar.
Kita bercakap tentang pinjaman kereta, pinjaman kad kredit, dan pinjaman gadai janji! Itu tak cakap lagi tentang pinjaman lain seperti pinjaman pendidikan (PTPTN) dan peribadi.
Perlu ingat, gagal bayar ansuran bulanan walaupun SEKALI untuk mana-mana pinjaman boleh menyebabkan skor kredit βtak cantikβ. Ini bermakna, ia akan menjejaskan peluang untuk mendapatkan pinjaman lain pada masa hadapan.
Juga perlu faham beza antara nilai pasaran hartanah dan pinjaman perumahan yang belum dijelaskan, kerana kita akan menggunakan perbezaan ini untuk menyerap semua pinjaman lain.
Apa bezanya dengan buat pembiayaan semula hartanah dan keluarkan lebihan pinjaman untuk bayar semua hutang? Nampak serupa, tapi sebenarnya tak!
Begini, apabila mohon refinance rumah dengan pilihan keluarkan duit tunai, semua hutang kad kredit, pinjaman peribadi dan hutang lain masih diambil kira untuk DSR !
Β
Dan ketika inilah DSR selalunya akan melebihi tahap hutang boleh diterima ditetapkan bank sebab ada banyak komitmen. Berbeza apabila buat penyatuan hutang sebab bank tak akan kira pinjaman sedia ada yang akan disatukan.
Memandangkan sekarang kita tahu yang faedahΒ pinjaman perumahan pada tahap rendah, memang sesuai sangatlah guna untuk tampung faedah kad kredit atau pinjaman peribadi yang lebih tinggi.
Ketika ini,Β kadar faedahΒ untuk pinjaman perumahanΒ di antara 4 β 5%, sedangkan faedah kad kredit dan pinjaman peribadi jauh lebih tinggi.
Β
Kita masih boleh simpan kad kredit tu, walaupun bank dah keluarkan bayaran untuk jumlah hutang kad kredit. Berbeza dengan untuk pinjaman peribadi dan sewa-beli, akaun akan ditutup setelah penyelesaian penuh dilakukan.
Β
Pendek kata, penyatuan hutang ni maknanya ambil pinjaman baru untuk selesaikan pinjaman sedia ada.
Bunyi macam tak masuk akal, tapi sangat berbaloi buat jika bijak menguruskan perbelanjaan dan merancang kewangan sendiri!
Β
Komitmen bukan saja kurang, ia juga boleh jimatkan kadar faedah pinjaman. Malah, skor kredit pun lebih baik kerana tidak ada pinjaman tanpa jaminan.
Β
Jangan biarkan masalah kewangan menghantui hidup anda!