fbpx

3 Kebaikan Penyatuan Hutang Patut Anda Tahu!

Orang kata, dalam hidup ini anda perlukan 5C :ย cash, car, credit card, condominium, and careerย (wang tunai, kereta, kad kredit, kondominium, dan kerjaya) untuk berjaya.

Ya, memang ada benarnya, tetapi anda juga harus ingat, 5C yang hebat itu menyebabkan anda ada tanggungjawab bayar hutang yang besar.

Kita bercakap tentang pinjaman kereta, pinjaman kad kredit, dan pinjaman gadai janji! Itu tak cakap lagi tentang pinjaman lain seperti pinjaman pendidikan (ya, PTPTN) dan peribadi.

Anda perlu ingat, gagal bayar ansuran bulanan walaupun SEKALI untuk mana-mana pinjaman boleh menyebabkanย skor kredit โ€˜tak cantikโ€™.

Ini bermakna, ia akan menjejaskan peluang anda untuk mendapatkan pinjaman lain di masa hadapan.
ย 
Ramai di antara kita tak sedar yang bayaran kad kredit, pinjaman peribadi, sewa beli, dan pinjaman kecil lain boleh disatukan di bawah satu pinjaman, iaitu ke dalam pinjaman perumahan kita.
Dalam artikel ini, kami akan membincangkan mengapa semua pinjaman anda harus digabungkan menjadi SATU dan bagaimana ia akan memberi manfaat kepada anda!
ย 
Untuk pemahaman lebih jelas, kami akan menggunakan 3 jenis pinjaman yang biasa kita ada: kereta, kad kredit dan gadai janji.

1. Turunkan Nisbah Khidmat Hutang (DSR)

Pertama, anda perlu lah ada hartanah!
ย 
Anda juga perlu faham beza antara nilai pasaran hartanah dan pinjaman perumahan yang belum dijelaskan, kerana kita akan menggunakan perbezaan ini untuk menyerap semua pinjaman lain.

Sebagai contoh, hartanah bernilai RM500,000 dengan baki pinjaman anda belum bayar adalah RM300,000.
ย 
Katakan, anda dapat 90% pembiayaan iaitu RM450,000 dan lepas tolak baki pinjaman sebanyak RM300,000, anda ada baki pinjaman RM150,000 untuk selesaikan hutang lain.

Tunggu, apa bezanya dengan buatย pembiayaan semula hartanahย anda dan keluarkan lebihan pinjaman untuk bayar semua hutang anda? Nampak serupa, tapi sebenarnya tak!

Begini, bila anda mohon refinance rumah dengan pilihan keluarkan duit tunai, semua hutang kad kredit, pinjaman peribadi dan hutang lain masihย diambil kira untuk DSRย anda.

Dan ketika inilah DSR selalunya akan melebihi tahap hutang boleh diterima ditetapkan bank sebab anda ada banyak komitmen.

Berbeza bila anda buat penyatuan hutang sebabย bank tak akan kira pinjaman sedia ada yang akan disatukan.
ย 
Sebaliknya, ia akan dimasukkan ke dalam jumlah pinjaman yang anda mohon. Berikut adalah jadual untuk membantu anda faham perbezaan ini dengan lebih baik:

* Jumlah yang akan dimasukkan semasaย pengiraan DSR anda

Dengan pengiraan seperti itu, terdapat perbezaan besar untuk DSR dalam kedua-dua situasi terbabit.
ย 
Ini bermakna, peluang permohonan anda diluluskan bila gabung semua pinjaman jadi satu!

2. Kurangkan Komitmen Bulanan

Berbanding bayar banyak jenis pinjaman setiap bulan, penyatuan hutang memudahkan anda buat bayaran untuk hanya SATU pinjaman.
ย 
Dalam masa yang sama, ia juga mengurangkan komitmen bulanan anda secara keseluruhan. Untuk gambaran lebih jelas, jom semak jadual di bawah:
Cuba bandingkan jumlah bulanan yang perlu dibayar untuk satu pinjaman VS jumlah bayaran pelbagai pinjaman berbeza.
ย 
Banyak beza komitmen hutang kan? Anda pun boleh simpan duit lebih banyak!

3. Jimat faedah

Memandangkan sekarang kita tahu yang faedahย pinjaman perumahanย pada tahap rendah, memang sesuai sangatlah anda guna untuk tampung faedah kad kredit atau pinjaman peribadi yang lebih tinggi.

Ketika ini,ย kadar faedahย untuk pinjaman perumahanย di antara 4 โ€“ 5%, sedangkan faedah kad kredit dan pinjaman peribadi jauh lebih tinggi.

Lebih menarik, kad kredit yang pihak bank dah lunaskan bayar tak perlu dibatalkan!

Anda masih boleh simpan kad kredit tu, walaupun bank dah keluarkan bayaran untuk jumlah hutang kad kredit anda.

Berbeza dengan untuk pinjaman peribadi dan sewa-beli, akaun akan ditutup setelah penyelesaian penuh dilakukan.

Pendek kata, penyatuan hutang ni maknanya anda ambil pinjaman baru untuk selesaikan pinjaman sedia ada.

Bunyi macam tak masuk akal, tapi sangat berbaloi buat jika anda bijak menguruskan perbelanjaan dan merancang kewangan anda!

Komitmen anda bukan saja kurang, ia juga boleh jimatkan kadar faedah pinjaman. Malah, skor kredit anda pun lebih baik kerana tidak ada pinjaman tanpa jaminan.

Jadilah orang berhutang yang bijak!