fbpx

Mengapa Harus Gabungkan Semua Pinjaman & Apa Kebaikannya

Orang kata, dalam hidup ini perlukan 5C :Β cash, car, credit card, condominium, and careerΒ (wang tunai, kereta, kad kredit, kondominium, dan kerjaya) untuk berjaya. Ya, memang ada benarnya, tetapi juga harus ingat, 5C yang hebat itu menyebabkan ada tanggungjawab bayar hutang yang besar.

Β 

Kita bercakap tentang pinjaman kereta, pinjaman kad kredit, dan pinjaman gadai janji! Itu tak cakap lagi tentang pinjaman lain seperti pinjaman pendidikan (PTPTN) dan peribadi.

Perlu ingat, gagal bayar ansuran bulanan walaupun SEKALI untuk mana-mana pinjaman boleh menyebabkan skor kredit β€˜tak cantik’. Ini bermakna, ia akan menjejaskan peluang untuk mendapatkan pinjaman lain pada masa hadapan.

Β 
Ramai di antara kita tak sedar yang bayaran kad kredit, pinjaman peribadi, sewa beli, dan pinjaman kecil lain boleh disatukan di bawah satu pinjaman, iaitu ke dalam pinjaman perumahan kita.
Β 
Dalam artikel ini, kami akan membincangkan mengapa semua pinjaman harus digabungkan menjadi SATU dan bagaimana ia akan memberi kebaikan!
Β 
Untuk pemahaman lebih jelas, kami akan menggunakan 3 jenis pinjaman yang biasa kita ada: kereta, kad kredit dan gadai janji.
Β 

1. Turunkan Nisbah Khidmat Hutang (DSR)

Pertama, perlulah ada hartanah!
Β 

Juga perlu faham beza antara nilai pasaran hartanah dan pinjaman perumahan yang belum dijelaskan, kerana kita akan menggunakan perbezaan ini untuk menyerap semua pinjaman lain.

Sebagai contoh, hartanah bernilai RM500,000 dengan baki pinjaman belum bayar adalah RM300,000.
Β 
Katakan, dapat 90% pembiayaan iaitu RM450,000 dan lepas tolak baki pinjaman sebanyak RM300,000, tinggal baki pinjaman RM150,000 untuk selesaikan hutang lain.

Apa bezanya dengan buat pembiayaan semula hartanah dan keluarkan lebihan pinjaman untuk bayar semua hutang? Nampak serupa, tapi sebenarnya tak!

Begini, apabila mohon refinance rumah dengan pilihan keluarkan duit tunai, semua hutang kad kredit, pinjaman peribadi dan hutang lain masih diambil kira untuk DSR !

Β 

Dan ketika inilah DSR selalunya akan melebihi tahap hutang boleh diterima ditetapkan bank sebab ada banyak komitmen. Berbeza apabila buat penyatuan hutang sebab bank tak akan kira pinjaman sedia ada yang akan disatukan.

Β 

2. Kurangkan Komitmen Bulanan

Berbanding bayar banyak jenis pinjaman setiap bulan, penyatuan hutang memudahkan buat bayaran untuk hanya SATU pinjaman.
Β 
Dalam masa yang sama, ia juga mengurangkan komitmen bulanan secara keseluruhan.Β 
Cuba bayangkan dan bandingkan jumlah bulanan yang perlu dibayar untuk satu pinjaman VS jumlah bayaran pelbagai pinjaman berbeza.
Β 
Banyak beza komitmen hutang dan boleh simpan duit lebih banyak tau!
Β 
Contohnya:-
Sebelum Penyatuan Hutang
Kad Kredit Bulanan : RM 2,500
Pinjaman Kereta Bulanan : RM 1,500
Pinjaman Peribadi : RM3,000
Β 
Jumlah yang perlu dibayar bulanan : RM 7,500
Β 
Selepas Penyatuan Hutang
Pembiayaan Semula Hartanah Ansuran Bulanan : RM 2,250
Kad Kredit : 0
Pinjaman Kereta Bulanan : 0
Pinjaman Peribadi : 0
Β 
Jimat Sebanyak RM 5,250 sebulan! Sebanyak 70%!
Β 

3. Jimat faedah

Memandangkan sekarang kita tahu yang faedahΒ pinjaman perumahan pada tahap rendah, memang sesuai sangatlah guna untuk tampung faedah kad kredit atau pinjaman peribadi yang lebih tinggi.

Ketika ini,Β kadar faedahΒ untuk pinjaman perumahanΒ di antara 4 – 5%, sedangkan faedah kad kredit dan pinjaman peribadi jauh lebih tinggi.

Β 

Lebih menarik, kad kredit yang pihak bank dah lunaskan bayar tak perlu dibatalkan!

Kita masih boleh simpan kad kredit tu, walaupun bank dah keluarkan bayaran untuk jumlah hutang kad kredit. Berbeza dengan untuk pinjaman peribadi dan sewa-beli, akaun akan ditutup setelah penyelesaian penuh dilakukan.

Β 

Pendek kata, penyatuan hutang ni maknanya ambil pinjaman baru untuk selesaikan pinjaman sedia ada.

Bunyi macam tak masuk akal, tapi sangat berbaloi buat jika bijak menguruskan perbelanjaan dan merancang kewangan sendiri!

Β 

Komitmen bukan saja kurang, ia juga boleh jimatkan kadar faedah pinjaman. Malah, skor kredit pun lebih baik kerana tidak ada pinjaman tanpa jaminan.

Β 

Jadilah orang berhutang yang bijak!

FinFixer Konsultan Kewangan No.1 di Malaysia

Jangan biarkan masalah kewangan menghantui hidup anda!