fbpx

Cara-Cara Refinance Rumah : Panduan & Tips Menguntungkan

Apa itu Refinance Rumah?

Mungkin masih ada yang tak tahu rumah yang sendiri tengah tinggal dan berlindung sekarang sebenarnya mampu membantu untuk jana duit. Duit yang dijana dapat digunakan untuk pelbagai tujuan seperti: mengubahsuai rumah, pendidikan, melangsaikan hutang, pelaburan, aliran tunai, modal perniagaan dan lain-lain.

 

Namun, sebab utama pemilik rumah membuat refinancing adalah untuk membuat pinjaman baru dengan kadar faedah yang lebih rendah bagi menggantikan pinjaman perumahan sedia ada daripada bank, termasuklah pinjaman perumahan LPPSA yang disediakan untuk kakitangan kerajaan. Jika anda mencari cara refinance rumah yang menguntungkan dan mengurangkan komitmen bulanan, pastikan anda baca artikel ini sampai habis!

Refinance Rumah merujuk kepada penukaran pinjaman perumahan sedia ada ke pinjaman baharu di bawah syarat dan terma yang berlainan dari bank. Selalunya, ramai pemilik rumah mengambil alternatif tersebut kerana boleh mendapatkan terma atau kadar faedah yang lebih baik atau menurunkan bayaran ansuran bulanan.

Ringkasnya, pinjaman baru akan dibuat bagi membayar hutang pinjaman lama berdasarkan dengan harga nilaian semasa rumah. Pemilik rumah hanya perlu membayar ansuran bulanan bagi pinjaman baru yang dilakukan.

 

Kelebihan Refinance Rumah

1. Mengurangkan Faedah Pinjaman Rumah

Mengambil kesempatan atas perubahan dalam Kadar Asas (yang mempengaruhi kadar faedah pinjaman rumah), pembiayaan semula adalah cara terbaik untuk mengurangkan ansuran bulanan pinjaman rumah anda sekiranya anda memohon ketika kadar asas menurun atau ketika kadar faedah yang lebih baik ditawarkan oleh bank.

 

Andaikan kadar faedah tetap pinjaman perumahan anda sebanyak 6.85% setahun. Sebuah bank menawarkan pembiayaan semula dengan kadar faedah semasa sebanyak 4.35% setahun. Melalui pembiayaan semula anda dapat melakukan penjimatan sebanyak 2.5% setahun sepanjang tempoh pinjaman anda. Katakan nilai apartmen anda berharga RM300,000. Dengan perbezaan kadar faedah sebanyak 2.5% itu anda dapat melakukan penjimatan sebanyak RM7,500 setahun atau RM625.00 sebulan.

2. Memanfaatkan Pertumbuhan Modal Hartanah

Pertumbuhan modal ialah kenaikan nilai aset, termasuk hartanah. Selepas beberapa tahun, anda secara peribadi, boleh memanfaatkan pertumbuhan modal ini dengan cara membuat pembiayaan semula pinjaman perumahan anda sekarang.

 

 

Andaikan anda ada baki hutang pinjaman rumah sebanyak RM400,000. Walau bagaimanapaun, penilaian semasa hartanah anda ialah RM500,000. Anda bole refinance rumah pada kadar 90% daripada RM500,000 dan memperoleh pembiayaan RM450,000. 

 

Anda boleh gunakan RM400,000 untuk melunaskan pinjaman lama dan simpan baki RM50,000. Keuntungan tunai sebanyak RM50,000 ini boleh digunakan untuk keperluan kewangan yang lain.

3. Melanjutkan Tempoh Pinjaman

Jika anda mempunyai isu-isu aliran wang bulanan, mengambil pelan pembiayaan semula dengan tempoh pinjaman yang lebih panjang membolehkan anda membayar dengan jumlah wang yang lebih kecil dalam ansuran bulanan, dan meninggalkan lebih banyak baki daripada pendapatan bulanan anda untuk kegunaan peribadi.

 

Andaikan anda membuat pinjaman perumahan sebanyak RM400,000 dengan kadar faedah 4.8% setahun selama 35 tahun (jenis pinjaman fleksi, margin pembiayaan 90% dan tempoh berkunci selama 5 tahun), anda mungkin mempunyai bayaran bulanan sebanyak RM1,771.

 

Katakan selepas membayar selama 10 tahun, anda membuat keputusan untuk membiayai semula jumlah baki pada kadar semasa yang lebih rendah (4.35%) tetapi memanjangkan tempoh untuk jangkamasa yang sama. Dengan andaian baki jumlah pinjaman sedia ada sebanyak RM350,000, bayaran bulanan anda adalah sebanyak RM1,633.

4. Bertukar daripada Kadar Tetap ke Kadar Bolehubah dan sebaliknya

Anda boleh pilih antara pinjaman rumah dengan kadar faedah tetap, yang tidak berubah, atau kadar faedah bolehubah, yang berubah mengikut pasaran. Kadar tetap memberi kestabilan, sementara kadar bolehubah boleh jadi lebih murah jika pasaran baik. Dengan refinancing, anda boleh tukar dari satu jenis ke yang lain, sesuai dengan keperluan kewangan anda sekarang.

5. Satukan hutang-hutang anda

Refinancing membolehkan anda gabungkan semua hutang anda ke dalam satu pinjaman, jadi anda hanya perlu buat satu bayaran setiap bulan. Ini termasuk hutang kad kredit dan pinjaman peribadi, yang akan dilunaskan oleh bank atau koperasi yang anda refinance dengan, memudahkan pengurusan kewangan anda.

6. Jimat Kos Projek Mengubahsuai Rumah

Anda juga mungkin akan mendapat cashback selepas refinance rumah anda. Menggunakan wang tersebut untuk mengubahsuai rumah adalah pelaburan yang cukup baik untuk mana-mana pemilik rumah, kerana ia akan dapat meningkatkan harga pasaran rumah tersebut!

7. Tukar Jenis Pinjaman Konvensional ke Islamik

Jika sebelum ini anda menggunakan pinjaman berunsurkan pinjaman konvensional, salah satu cara untuk menukar jenis pinjaman perumahan tersebut boleh dilakukan dengan teknik refinance rumah. Antara kelebihan pinjaman islamik berbanding pinjaman konvensional adalah:

  • Kadar keuntungan siling merupakan keuntungan maksimum yang boleh dikenakan di bawah pembiayaan berasaskan jualan. Keuntungan pinjaman adalah berdasarkan kadar BFR (kadar pembiayaan asas) Islamik dan boleh diubah berdasarkan keadaan pasaran ia tidak boleh melebihi kadar keuntungan siling.

  • Keuntungan akan dicaj berdasarkan prinsipal yang belum dijelaskan tanpa melibatkan unsur kompaun. Dengan tiadanya unsur kompaun, jumlah keuntungan yang mesti dibayar untuk pembiayaan adalah jauh lebih rendah berbanding pinjaman konvensional yang menjadikan caj pembayaran lewat juga lebih rendah.

Cara Refinance Rumah

Bagi anda yang tidak tahu atau masih keliru bagaimana cara untuk membuat refinance rumah, ini panduan untuk anda.

1. Memiliki Rumah

Seeloknya rumah tersebut adalah atas nama anda atau pasangan atau ibu bapa, masih boleh lagi untuk melakukan joint loan.

2. Semak Harga Pasaran Rumah

Nilai atau value rumah wajib anda periksa untuk pastikan harga value lebih tinggi daripada jumlah hutang bank. Jikalau sebaliknya, tiada guna untuk anda lakukan refinance rumah.

3. Cetak Laporan CCRIS

Sila pastikan CCRIS Report sudah dicetak sebelum mahu buat mana-mana pinjaman pun. Semua hutang-piutang dengan semua bank akan ditunjukkan di dalam CCRIS Report. Bank akan uruskan jika anda susah untuk lakukannya.

 

Bank baru akan menganalisis latar belakang kewangan anda apabila anda buat pinjaman dengan bank baru untuk refinance rumah. Di dalam sistem semak CCRIS online percuma, mereka akan melihat gaji dan komitmen anda. Mereka akan memastikan anda betul-betul layak untuk membuat pinjaman.

 

Lagi satu mereka akan lihat jika bayaran bulanan anda cantik ataupun tidak? Adakah terdapat bayaran yang sangkut? Selalunya agak susah sedikit untuk mendapatkan kelulusan jika ada yang sangkut bayar lebih daripada 2 bulan.

4. Semak Kelayakan Pinjaman Perumahan

Sebelum refinance rumah, penting untuk tahu jika anda layak untuk pinjaman baru. Anda boleh guna aplikasi online untuk semak kelayakan, atau minta bantuan dari bank untuk proses yang lebih terperinci. Ini akan tunjuk berapa banyak anda boleh pinjam dan cash yang mungkin dapat, membantu anda merancang pembayaran hutang sedia ada.

5. Permohonan Pinjaman Perumahan

Anda sudah boleh memohon pinjaman untuk nak refinance rumah dengan bank apabila sudah lakukan langkah 1 hingga 4, cara cukup mudah.

 

Selalunya keputusan boleh diketahui dalam masa 1-2 minggu, namun akan mengambil masa yang lebih lama lagi jika bank memerlukan dokumen yang lebih untuk sokongan permohonan anda.

FinFixer Konsultan Kewangan No.1 di Malaysia

Jangan biarkan masalah kewangan menghantui hidup anda!