- 06 July 2022
- Posted by : Team Finfixer
Cik Lisa yang bekerja di sebuah syarikat Oil & Gas terkemuka pada mulanya sangat malu untuk menceritakan masalah yang dihadapinya.
Manakan tidak, kehidupannya pada luaran nampak begitu senang dan mewah. Di pejabat, beliau sangat terkenal kerana fashionnya yang sentiasa “up to date”, dengan memandu kereta Mini Cooper serta hampir kesemua beg tangannya mesti dari jenama-jenama mewah. Kehidupan mewahnya telah menjerut dirinya sendiri. Tiada siapa pun yang akan sangka financial difficulties yang dihadapi oleh Cik Lisa.
Pada mulanya, kehidupan Cik Lisa sangat selesa dengan pendapatan bulanan yang besar ditambah pula syarikatnya ada memberikan bonus tahunan yang agak banyak. Namun, sejak Covid-19 menyerang dunia, hampir kesemua syarikat terjejas. Sama juga dengan syarikat yang Cik Lisa bekerja, sehinggakan beberapa tahun syarikat tak mampu untuk berikan bonus kepada pekerja.
Sejak itulah, masalah kewangan Cik Lisa semakin bertambah. Setiap bulan, Cik Lisa perlu menyediakan RM 6,370 untuk dibayar kepada pihak bank bagi menyelesaikan hutang-hutang jahatnya. Tekanan kewangan yang dihadapi disebabkan oleh masalah high commitment. Ini disebabkan perancangan pengurusan kewangan yang lemah membuatkan beliau kini sukar untuk memohon pinjaman kerana pihak bank melihat beliau mempunyai komitmen yang tinggi dan tidak melepasi nisbah yang ditetapkan.
Akibat komitmen bulanan yang tinggi, lama-kelamaan Cik Lisa sudah tidak mampu lagi membayar ansuran bulanan bagi kereta, rumah, personal loan dan kad kredit beliau. Ini seterusnya menyebabkan rekod kredit dan CTOS CCRIS Cik Lisa juga menjadi tak cantik apabila ada bayaran yang tidak dapat dibayar olehnya mengikut masa yang ditetapkan.
Hari-hari Cik Lisa ditemani dengan panggilan telefon dari pihak bank yang mengingatkannya supaya membuat bayaran bagi kesemua loan yang ada. Bayangkan, hampir setiap jam ada saja pihak bank yang akan menghubungi Cik Lisa. Pada awalnya, Cik Lisa rajin lagi nak melayan telefon dari pihak bank ni dengan menjawab dan menetapkan tarikh untuk membuat bayaran. Lama kelamaan, Cik Lisa pun dah jadi malas untuk angkat panggilan telefon dari pihak bank dan biarkan sahaja.
Pada satu tahap, Cik Lisa terpaksa menyorokkan kereta Mini Cooper kesayangannya di rumah kerana bimbang ditarik. Pada masa itu, sudah masuk tiga bulan beliau gagal untuk membayar ansuran bulanan keretanya itu. Cik Lisa sanggup berulang alik dari Kota Damansara ke Kuala Lumpur menaiki kenderaan awam kerana risau jika keretanya itu ditarik.
Sehinggalah satu hari, Cik Lisa menerima surat dari bank yang menyatakan rumah miliknya akan dilelong jika dia gagal untuk membayar jumlah tunggakan yang ada. Perkara ini telah merunsingkan lagi Cik Lisa. Keadaan Cik Lisa pada ketika itu bagaikan sudah jatuh ditimpa tangga. Beliau yang dahulu merupakan seorang yang ceria dan murah dengan senyuman, kini muram dan suka menyendiri. Rakan-rakan sekerja juga perasan akan perubahan sikap secara mendadak yang berlaku pada Cik Lisa.
Pada awalnya, Cik Lisa bercadang untuk memohon pinjaman peribadi dengan tujuan untuk membayar segala tunggakan yang ada kepada pihak bank, sekaligus dapat keluar dari masalah dan tekanan kewangan yang dihadapinya. Namun semasa di bank, Cik Lisa ada terserempak dengan seorang teman yang menceritakan yang beliau sedang dalam proses permohonan untuk refinance rumahnya.
Cik Lisa pun apa lagi, terus balik dan buat bacaan mendalam pasal program refinance rumah ni dan seterusnya Cik Lisa pun cuba pergi ke bank bagi memohon pinjaman pembiayaan semula rumah (Refinancing) kerana sedia maklum yang pinjaman tersebut mempunyai kadar faedah yang sangat rendah, ditambah pula dengan kaedah refinancing ini Cik Lisa berharap untuk mendapatkan cash out bagi membolehkan beliau menutup hutang-hutang jahat yang ada.
Akan tetapi, bank telah menolak permohonan tersebut oleh kerana melihat komitmen Cik Lisa yang terlalu tinggi. Perkara ini memburukkan lagi keadaan yang dihadapi oleh Cik Lisa. Beliau berasa sangat tertekan dan buntu memikirkan masalah yang ada. Nak tahu cerita seterusnya? Baca seterusnya di Part 2 untuk mengetahui bagaimana Cik Lisa berjaya selamatkan rumahnya dari dilelong.
- Share :
Article Part #2
Akhirnya Cik Lisa menceritakan masalah dan mendapatkan nasihat dari rakan sekerja beliau dan rakannya telah mencadangkan Cik Lisa untuk berjumpa dengan FinFixer kerana sebelum ini, rakannya juga pernah menggunakan khidmat dari FinFixer ketika berada dalam masalah kewangan ..
- 06 July 2022
- Posted by : Team Finfixer