fbpx

Refinance Rumah Loan Kerajaan Ke Bank 2024 ( LPPSA )

Ramai yang bertanya, macamana nak refinance rumah loan kerajaan ke bank? Hari ini FinFixer akan berkongsi Cara Refinance Rumah Loan Kerajaan ke Bank.

Selalunya, ramai yang memilih untuk refinance rumah untuk mendapat wang tunai atau kadar faedah yang lebih rendah.

Tetapi untuk yang refinance rumah dari loan kerajaan, kadang-kadang mereka ingin mengguna kuota loan kerajaan atau LPPSA untuk mendapat pinjaman kedua di LPPSA. Oleh itu, mereka membuat refinance rumah ke bank biasa.

In kerana dalam syarat-syarat utama yang ditetapkan bagi melayakkan seseorang memohon pembiayaan kedua, LPPSA menetapkan baki hutang pembiayaan pertama harus selesai sepenuhnya ataupun kelayakan pembiayaan kedua tertakluk kepada ansuran bulanan tidak melebihi 50% daripada daripada gaji hakiki semasa.

 

Proses Refinance Rumah Loan Kerajaan ( LPPSA )

Proses refinance rumah yang juga dikenali sebagai pembiayaan semula pinjaman perumahan melibatkan pembayaran pinjaman sedia ada dengan menggantikannya dengan pinjaman yang baharu dengan terma dan syarat yang berlainan.

Ini bermakna, anda akan menggunakan pinjaman baru iaitu pinjaman dari Bank X untuk menyelesaikan baki pinjaman loan kerajaan.

Sebaik sahaja pinjaman anda diluluskan, anda akan menandatangani perjanjian pinjaman bank dengan peguam lantikan bank. Bank kemudian akan menyelesaikan pinjaman sedia ada dengan LPPSA, seterusnya memasukkan nilai tunai selebihnya ke dalam akaun bank anda untuk tindakan lanjut.

Anda boleh membuat Refinance Rumah dari loan kerajaaan kepada institusi perbankan. Samada Bank Islam, Maybank, RHB, CIMB, Public Bank, Bank Rakyat, dan lain-lain.

 

Kelebihan Refinance Rumah Ke Bank Biasa

Refinance rumah mempunyai banyak kelebihan oleh itu ramai yang pilih untuk refinance. Disini, FinFixer senaraikan beberapa kelebihan refinance rumah yang seperti berikutnya :-

a) Kadar Faedah Yang Lebih Rendah

Kadar faedah bank adalah lebih rendah dari pinjaman loan kerajaan sekarang.

b) Peluang Untuk Mendapat Aliran Tunai

Kadang-kadang, ada masa tertentu yang kita tak cukup duit untuk buat sesuatu perkara. Mungkin atas sebab ni, ramai yang memilih refinancing untuk dapatkan tunai.

c) Menyelesaikan Hutang Yang Berkadar Faedah Tinggi

Ada sebahagian mereka yang membuat refinance rumah bagi menutup hutang-hutang jahat. Antara hutang jahat seperti hutang kad kredit, personal loan, hutang koperasi dan macam-macam lain. Selalunya hutang-hutang ini mempunyai kadar faedah yang tinggi dan membebankan.

d) Dapat Membuat Pinjaman Kedua Dengan LPPSA

Seperti yang FinFixer tulis diawal artikel ini, ramai orang refinance loan kerajaan supaya dapat berpeluang membuat pinjaman kedua dengan LPPSA atau loan kerajaan.

 

Cara Refinance Rumah Pinjaman Kerajaan ( LPPSA )

Jika anda bersedia untuk refinance rumah loan kerajaan, ikut langkah berikut:-

a) Semak Kos Pembiayaan Semula Rumah ( Refinance Rumah )

Setiap perkara yang berguna pasti ada kosnya, termasuk pembiayaan semula rumah. Jika anda bercadang membiayai semula rumah anda, anda perlu menyediakan sejumlah wang untuk perkara seperti yuran pemprosesan bank, bayaran guaman, duti setem, laporan penilaian dan sebagainya. Anggaran kasar kos ini adalah 3%-4% amaun pinjaman anda.

b) Dapatkan Baki Pinjaman Perumahan Loan Kerajaan ( LPPSA )

Anda perlu tahu berapa baki pinjaman perumahan loan kerajaan sebelum membuat permohonan untuk membuat refinance. Dengan mengetahui baki pinjaman anda dapat mengira berapa wang tunai yang akan anda dapat dan juga kelayakan pinjaman.

c) Semak Laporan CCRIS & CTOS

Anda dinasihatkan mendapatkan laporan CCRIS menerusi Bank Negara atau agensi bebas CTOS pada kos yang tidak melebihi RM30 satu laporan. Laporan ini menunjukkan tahap kesihatan kewangan semasa anda termasuk senarai pinjaman bank semasa, aset dan liabiliti, dan kes kebankrapan atau senarai hitam, jika ada.

d) Dapatkan Konsultansi Percuma ( Tiada Bayaran Pendahuluan & Sebarang Caj Tersembunyi )

Kami memberi konsultasi percuma untuk refinance rumah seperti membantu mengira kelayakan pinjaman, nasihat, tip-tip refinance rumah dan juga menjawab semua soalan mengenai refinance rumah.

 

Jika anda layak membuat refinance rumah dan ingin membuat permohonan, kami akan cuba memperkenalkan beberapa bank.

 

Anda hanya perlu menghantar dokumen kepada pihak kami untuk semakan kelayakan profil dan kami akan memproses permohonan anda.

 

Semua servis yang kami beri adalah percuma, tiada apa-apa kos atau caj dikenakan.

e) Kumpulkan Dokumen Yang Dikehendaki

Untuk membuat pinjaman refinance rumah anda perlu menghantar dokumen ke pihak kami untuk semakan. Dokumen yang selalu dikehendaki adalah seperti berikut:-

 

a. Photocopy IC ( depan dan belakang)

b. Slip gaji 6 bulan (terkini)

c. Penyata bank 6 bulan (menunjukkan gaji masuk)

d. Penyata EC ( 3 tahun terkini)

e. Borang BE dan Pengesahan Penerimaan E-BE ( 2 tahun terkini)

f. Perjanjian Jual Beli Rumah

g. Geran Rumah

h. Penyata pinjaman LPPSA (terkini)

i. Cukai Tanah/Petak (terkini)

 

Proses refinance rumah mengambil masa antara 3-6 bulan. Ini kerana bagi hartanah pegangan pajak dengan hak milik strata atau individu, pihak bank perlu memohon kebenaran atau kelulusan daripada pihak berkuasa negeri.

FinFixer Konsultan Kewangan No.1 di Malaysia

Jangan biarkan masalah kewangan menghantui hidup anda!