fbpx

Privasi & Peribadi

Pengenalan

Melalui interaksi bersama FinFixer, perlantikan FinFixer, mengemukakan maklumat kepada FinFixer atau dalam perurusan-perurusan di antara anda dan FinFixer, anda akan diminta untuk mendedahkan dan membekalkan maklumat peribadi kepada FinFixer dari semasa ke semasa atau sekiranya anda telah memberikan maklumat peribadi anda kepada FinFixer, dengan ini anda telah mengakui, bersetuju dan membenarkan FinFixer, pembekal servis kepada FinFixer dan/atau pihak ketiga yang telah dilantik oleh FinFixer bagi pihak anda, untuk mengumpul, merekod, mengguna, memegang, memproses, menyimpan dan/atau mengendalikan data peribadi anda bagi tujuan dan dengan cara yang dinyatakan dalam notis ini. Anda seterusnya mengakui kepada FinFixer bahawa kesemua maklumat data peribadi yang dibekalkan adalah dibuat secara sukarela. Walaubagaimanapun, sekiranya anda tidak membekalkan maklumat data peribadi anda kepada FinFixer, FinFixer mungkin tidak dapat menyediakan perkhidmatan seperti yang anda perlukan secara efektif dan efisien.

Pengumpulan Data Peribadi

FinFixer akan memproseskan maklumat data peribadi anda seperti yang tersenarai di bawah dan telah anda bekalkan samada secara langsung atau tidak langsung kepada FinFixer atau mana-mana individu/pekerja FinFixer, dengan apa-apa maksud dan/atau apa-apa cara atau melalui pelbagai sumber-sumber yang sah, termasuk tetapi tidak terhad kepada mana-mana bank, institusi kewangan, pembekal perkhidmatan, pihak ketiga, sumber maklumat awam, khidmat carian:

  1. Maklumat Pengesahan: Nama, pekerjaan, pangkat dan perniagaan atau nama syarikat.
  2. Maklumat Peribadi: Umur, jantina, tarikh lahir, tempat lahir, nombor kad pengenalan, nombor pasport, nombor pendaftaran perniagaan atau syarikat, foto.
  3. Maklumat Demografi: Bangsa, etnik asal, warganegara.
  4. Maklumat Kontak: Alamat tempat tinggal dan pos, alamat e-mel, nombor telefon, nombor faksimili, alamat berdaftar atau alamat perniagaan.
  5. Maklumat Keluarga: Status perkahwinan, maklumat pasangan, maklumat ibu bapa, maklumat anak-anak, julat pendapatan, majikan.
  6. Maklumat Kewangan:
    • Butiran Cukai Pendapatan: Butiran cukai pendapatan, butiran akaun bank.
  7. Maklumat Lain yang Berkaitan: Maklumat lain yang berkaitan untuk membolehkan FinFixer menyediakan perkhidmatan FinFixer.
  8. Dokumentasi Undang-undang: Apa-apa maklumat data peribadi yang diperolehi daripada apa-apa dokumentasi undang-undang termasuk tetapi tidak terhad kepada perjanjian penjualan saham, surat tawaran pembelian/penyewaan, perjanjian jual beli, perjanjian fasiliti, perjanjian pinjaman, perjanjian sewa, kontrak pekerjaan, wasiat, surat kuasa pentadbiran, geran probet, surat kuasa wakil, sijil lahir, sijil mati dan dokumen-dokumen lain.
  9. Maklumat Tambahan: Lain-lain maklumat selain daripada yang dinyatakan di atas yang berkaitan secara langsung atau tidak langsung dengan anda, yang boleh dikenalpasti daripada maklumat tersebut atau berkemampuan untuk berbuat demikian.

(selepas ini secara kolektif dirujuk sebagai β€œData Peribadi”).

Pemberian Maklumat Pihak Ketiga

Sekiranya anda mengemukakan sebarang maklumat data peribadi berkaitan dengan pihak ketiga kepada FinFixer, anda membuat representasi kepada FinFixer bahawa anda telah memberitahu pihak ketiga tersebut tentang syarat-syarat notis ini, telah memperolehi kebenaran dari pihak ketiga tersebut dan maklumat data peribadi tersebut telah diberi secara sukarela, tepat dan lengkap.

Tujuan Pengumpulan Data Peribadi

Data peribadi anda mungkin/akan/boleh dikumpul, direkod, digunakan, dipegang, diproses, disimpan dan/atau dikendalikan oleh FinFixer untuk tujuan-tujuan seperti berikut:

  1. Untuk melaksanakan dan/atau menyempurnakan perkhidmatan FinFixer.
  2. Untuk mengesahkan identiti anda.
  3. Untuk mematuhi kewajipan di bawah undang-undang termasuk undang-undang berkaitan, peraturan-peraturan, arahan, perintah mahkamah, garis panduan, pekeliling, polisi, prosedur, kod amalan yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa yang berkaitan.
  4. Untuk serahan milikan kosong, serahan kunci, pinjaman perumahan, khidmat pelanggan.
  5. Untuk tujuan pentadbiran dan operasi perniagaan.
  6. Untuk tujuan pemprosesan bayaran dan kutipan bil.
  7. Untuk kemas kini, kontak dan tujuan komunikasi.
  8. Untuk menjawab kesemua pertanyaan, maklum balas dan/atau cadangan anda.
  9. Untuk pentadbiran/pengekalan keadilan.
  10. Padanan sebarang data yang dipegang oleh FinFixer berkaitan dengan servis/perkhidmatan yang disediakan oleh FinFixer.
  11. Menguruskan keselamatan premis FinFixer, fasiliti dan infrastruktur teknologi.
  12. Untuk menyiasat aduan dan transaksi yang mencurigakan.
  13. Untuk menjalankan latihan dan program kesedaran, aktiviti promosi pelanggan, pemasaran dan aktiviti profil pelanggan berkaitan dengan khidmat FinFixer dan penyampaian yang berkaitan.
  14. Untuk lain-lain tujuan yang berkaitan dengan mana-mana perkara di atas atau berkenaan dengan perkhidmatan/servis FinFixer.

Pendedahan Maklumat Data Peribadi

FinFixer akan merahsiakan data peribadi anda tetapi anda dengan ini memberi persetujuan dan kebenaran kepada FinFixer untuk mendedahkan data peribadi anda kepada pihak-pihak yang tersebut di bawah:

  1. Mana-mana pihak yang FinFixer perlu/wajib memperuntukkan data peribadi berdasarkan undang-undang berkaitan, peraturan-peraturan, arahan, garis panduan dan lain-lain keperluan/permintaan yang serupa atau sebagai respons/tindak balas terhadap pihak berkuasa berwibawa atau agensi kerajaan, agensi penguatkuasaan undang-undang, sama ada tempatan atau luar negara.
  2. Rakan kongsi perniagaan atau rakan sekerja/perniagaan FinFixer yang berkaitan dengan perkhidmatan yang diberikan oleh FinFixer kepada anda.
  3. Agensi kerajaan, pihak berkuasa berkanun dan pegawai selia industri.
  4. Juru audit, penasihat, perunding/konsultan, pakar, akauntan, peguam atau lain-lain penasihat kewangan atau profesional bagi FinFixer.
  5. Ejen, pegawai bank, pembekal-pembekal insurans, juru nilai, kontraktor atau mana-mana pembekal perkhidmatan pihak ketiga yang menyediakan perkhidmatan undang-undang, operasi atau pentadbiran kepada FinFixer.
  6. Mana-mana pihak yang anda memberi kuasa kepada FinFixer untuk mendedahkan data peribadi anda.
  7. Semua individu dan badan-badan atau organisasi yang menyediakan perkhidmatan yang diperlukan dan/atau berkaitan dengan perniagaan/perkhidmatan FinFixer.

Keselamatan

FinFixer akan menyimpan dan memproses data anda dengan selamat. FinFixer akan berusaha sebagaimana yang praktikal, untuk melaksanakan pentadbiran yang sewajarnya dan perlindungan sekuriti serta prosedur praktikal yang sesuai dengan undang-undang dan peraturan yang berkenaan bagi mengelakkan pemprosesan data peribadi anda secara tidak sah atau menyalahi undang-undang dan kehilangan, penyalahgunaan, pengubahsuaian, perubahan, pemusnahan, atau kerosakan pada data peribadi anda.

Akses dan Pembetulan Data Peribadi Anda

FinFixer akan berusaha untuk memastikan bahawa data peribadi tersebut adalah tepat, lengkap, tidak mengelirukan, dan dikemas kini. Anda dengan ini mengakui kepada FinFixer bahawa semua data peribadi yang dibekalkan adalah tepat, lengkap, tidak mengelirukan, dan terkini. Ini adalah hak anda sebagai subjek data untuk mengakses data peribadi anda dan membetul, mengubah, menukar, atau menghapus data peribadi anda yang telah anda bekalkan kepada FinFixer sekiranya terdapat data peribadi yang tidak tepat, tidak lengkap, mengelirukan atau bukan data terkini. Untuk urusan ini, anda boleh hubungi FinFixer untuk:

  • Memastikan sekiranya FinFixer memegang atau menggunakan data peribadi anda dan meminta akses kepada data peribadi anda.
  • Membuat pembetulan dan/atau kemas kini mana-mana data peribadi anda yang tidak tepat, tidak lengkap, atau bukan terkini.
  • Meminta penerangan tentang polisi dan prosedur berkenaan dengan data peribadi yang telah anda bekalkan kepada FinFixer.
  • Memohon kepada FinFixer untuk menghadkan pemprosesan data peribadi anda, termasuklah data peribadi yang terhad kepada orang yang boleh dikenalpasti melalui maklumat data peribadi anda.
  • Memaklumkan kepada FinFixer mengenai penarikan balik kebenaran (sepenuhnya atau sebahagian) yang telah anda berikan kepada FinFixer sebelum ini.

Permohonan/permintaan anda yang berkaitan dengan perkara di atas hanya akan berkuatkuasa setelah permohonan/permintaan anda diakui terima oleh FinFixer dan ia tertakluk kepada undang-undang yang berkaitan dan/atau bayaran yang ditentukan berdasarkan undang-undang perlindungan data semasa. Walaupun anda boleh menarik balik persetujuan/kebenaran anda terhadap pemprosesan data peribadi, FinFixer masih dibenarkan untuk memproses data peribadi anda dalam keadaan tertentu seperti yang ditetapkan oleh undang-undang.

Maklumat Kontak

Untuk sebarang pertanyaan, dan/atau permintaan berkenaan perkara di atas, sila hubungi FinFixer di:

  • E-mel: [email protected]
  • Melalui surat kepada FinFixer di: First Floor, 21-1, Jln Radin Bagus 5, Bandar Baru Sri Petaling, 57000 Kuala Lumpur, Federal Territory of Kuala Lumpur.

Jika terdapat sebarang percanggahan atau ketidakselarasan di antara versi Bahasa Inggeris dan Bahasa Malaysia bagi Notis ini, versi Bahasa Inggeris Notis ini akan diguna pakai untuk percanggahan atau ketidakselarasan tersebut.

Perubahan dan Pemindaan

FinFixer berhak untuk mengubahsuai, mengemaskini dan/atau meminda Notis ini pada bila-bila masa tanpa memberi notis kepada anda untuk sebarang perubahan undang-undang dan/atau amalan perniagaan. Versi notis yang telah dikemas kini akan berkuatkuasa dan menggantikan mana-mana dan semua versi sebelumnya. Oleh itu, kami menggalakkan anda untuk memeriksa versi terkini (jika ada) dengan FinFixer atau dengan melayari laman web FinFixer di https://finfixer.com.my. Sekiranya anda masih menggunakan perkhidmatan FinFixer atau melantik FinFixer untuk mewakili anda setelah notis versi terbaru disampaikan, anda adalah dianggap telah menerima dan menyetujui notis yang telah dikemaskini tersebut.

Kebenaran/Persetujuan

Saya/Kami dengan ini mengakui bahawa saya/kami telah membaca dan memahami notis perlindungan data peribadi ini dan dengan menandatangani notis ini, saya/kami bersetuju dengan penggunaan data peribadi saya/kami selaras dengan terma-terma notis ini.