Polisi Baru BNM 2025: Apa Maksud Had 10 Tahun Untuk Cash-Out Refinancing Kepada Pemilik Rumah?

14 April 2025 | 15mins membaca

Pada tahun 2025, Bank Negara Malaysia (BNM) telah memperkenalkan satu polisi baru yang memberi kesan besar kepada pemilik rumah yang ingin membuat pembiayaan semula (refinancing) khususnya bahagian “cash-out”.

Mulai sekarang, tempoh maksima bagi bahagian tunai yang dikeluarkan melalui refinance adalah terhad kepada 10 tahun sahaja. Meskipun pinjaman asal rumah anda mungkin mempunyai tempoh bayaran 30–35 tahun, bahagian “cash-out” kini hanya dibenarkan dilangsaikan dalam masa satu dekad.

Mengapa BNM Hadkan Tempoh 10 Tahun?

Tujuan utama polisi ini adalah untuk:

  • Mengawal tahap hutang isi rumah yang berlebihan

  • Galakkan pinjaman secara bertanggungjawab

  • Elak individu memanjangkan tempoh hutang demi mendapat tunai jangka pendek

BNM melihat peningkatan trend rakyat Malaysia menggunakan pembiayaan semula rumah untuk mengeluarkan tunai (Cash-Out), sama ada untuk menampung komitmen bulanan, melunaskan hutang, atau memulakan perniagaan. Tetapi apabila tunai ini diikat kepada pinjaman selama 30 tahun, ia memberi risiko kewangan yang besar kepada peminjam.

Apa Itu Cash-Out Dalam Refinance?

Cash-out bermaksud anda membuat pembiayaan semula rumah dengan jumlah lebih tinggi daripada baki hutang semasa. Lebihan itu dikeluarkan sebagai tunai. Contohnya:

  • Nilai rumah semasa: RM500,000

  • Baki hutang semasa: RM250,000

  • Jumlah baharu dipohon: RM400,000

  • Maka RM150,000 boleh diambil sebagai cash-out

Kesan Polisi Ini Kepada Pemilik Rumah

  1. Bayaran Bulanan Akan Jadi Lebih Tinggi Untuk Cash-Out
    Oleh kerana tempoh bayaran untuk cash-out kini maksimum 10 tahun, ansuran bulanan akan jadi lebih tinggi berbanding tempoh 30 tahun.
  2. Kelayakan Akan Jadi Lebih Ketat
    Bank akan menilai semula kelayakan berdasarkan kemampuan membayar dalam tempoh lebih pendek. Gaji bersih dan komitmen sedia ada memainkan peranan besar.

  3. Perlu Perancangan Kewangan Yang Lebih Teliti
    Pemilik rumah perlu bijak merancang: adakah tunai yang dikeluarkan benar-benar untuk tujuan penting seperti menyatukan hutang (Debts Conso), pelaburan bijak, atau kos perubatan/kecemasan?

  4. Tak Semua Kes Sesuai Untuk Cash-Out Lagi
    Jika tujuan anda hanya untuk “bernafas” sementara tanpa pelan jangka panjang, polisi ini mungkin menyukarkan proses.

Apa Pilihan Anda Sekarang?

Berita baiknya, masih ada cara untuk mengurus hutang, kurangkan komitmen bulanan, dan menjana semula aliran tunaiΒ tetapi dengan strategi yang betul.

Inilah peranan FinFixer.

Kami bantu anda menilai:

  • Adakah Cash-Out masih sesuai untuk anda?

  • Patutkah anda pilih Pembiayaan Semula Peribadi atau pendekatan lain?

  • Bagaimana untuk gabungkan semua hutang (Debts Conso) dalam satu bayaran baru?

  • Adakah anda boleh refinance dengan FinFixer walaupun nama anda ada dalam CTOS/CCRIS?

Refinance dengan FinFixer: Realistik & Strategik

FinFixer bukan sekadar buat permohonan. Kami kaji keseluruhan profil kewangan anda dan kenal pasti:

  • Nilai rumah semasa

  • Jumlah baki hutang

  • Komitmen sedia ada

  • Tujuan cash-out

  • Kemampuan bayar dalam tempoh 10 tahun

Kemudian kami bantu anda susun pelan:

  • Refinance rumah anda

  • Pilih kadar faedah dan bank paling sesuai

  • Gabungkan hutang melalui strategi Debts Conso

  • Dapatkan semula kawalan kewangan

Bila Masa Terbaik Untuk Bertindak?

Sekarang. Sebelum syarat makin ketat dan kelayakan makin sukar.

Ramai yang tunggu sampai tunggakan makin tinggi waktu itu, bukan sahaja sukar refinance, rumah pun boleh terancam.

Siapa Yang Patut Pertimbangkan Segera?

  • Pemilik rumah yang ingin selesaikan hutang kad kredit, pinjaman peribadi dan komitmen tinggi

  • Mereka yang bergaji RM5,000 ke atas

  • Rumah sudah dimiliki lebih 8 tahun

  • Ada geran individu atau strata

  • Nilai rumah RM300,000 ke atas

Dapatkan Bantuan Pakar FinFixer Sekarang

Pasukan FinFixer sedia bantu anda dari A sampai Z:

  • Semak kelayakan dan kadar semasa

  • Bantu sediakan dokumen

  • Uruskan permohonan bank

  • Beri bimbingan sepanjang proses

Konsultasi pertama adalah PERCUMA dan mungkin itulah permulaan kepada kebebasan kewangan anda.

Scroll to Top