Jalan Keluar: Refinance Rumah, Selamatkan Keluarga

10 March 2025 | 10 minit membaca

Malam itu, seorang lelaki datang berjumpa saya di pejabat. Wajahnya suram, matanya sembab, dan bahunya jatuh seperti menanggung beban yang terlalu berat. Dia duduk di hadapan saya, tangannya menggenggam erat telefon bimbitnya seolah-olah sedang mencari kekuatan.

“Saya tak tahu nak buat apa lagi, bang. Saya dah buntu.”

Namanya Nazrudin. Seorang lelaki biasa, bekerja sebagai pembantu di Speedmart dengan gaji cukup-cukup makan. Tetapi hidup bukan sekadar tentang kerja dan gaji. Hidupnya penuh ujian.

“Mak saya sakit buah pinggang. Dialisis tiga kali seminggu. Adik saya lumpuh sejak kemalangan dua tahun lepas. Kakak saya baru disahkan kanser.”

Saya diam. Berat. Sangat berat.

“Saya dah cuba bertahan. Saya pinjam duit kawan-kawan, saya cuba buat kerja lebih masa. Tapi tak cukup. Akhirnya, saya terpaksa pinjam dengan ahlong.”

Akhirnya, saya terpaksa pinjam dengan ahlong.”

Hati saya mula bergetar. Saya tahu, apabila seseorang mula menyebut ahlong, itu tandanya dia sudah terhimpit ke dinding.

“Saya bayar bunga saja pun dah lebih separuh gaji saya. Kalau lambat, diorang ugut nak datang rumah. Saya takut, bang. Saya takut hilang rumah satu-satunya tempat kami berteduh.”

Saya memandangnya lama. Ada satu solusi yang mungkin dia tak pernah fikirkanβ€”refinance rumah.

“Nazrudin, rumah kau ada lagi loan ke?” saya tanya perlahan.

Dia angguk. “Ada. Dah bayar hampir separuh. Tapi masih banyak baki.”

Saya senyum. Inilah titik cahaya yang Nazrudin tak nampak.

“Dengar sini. Kau boleh buat refinance rumah. Dengan refinance, kau boleh keluarkan duit dari nilai rumah kau untuk selesaikan hutang-hutang jahat, termasuk pinjaman ahlong.”

Dia terdiam. Saya sambung.

“Refinance rumah ni macam penyatuan hutang. Kau kumpulkan semua hutang jadi satu, bayar dengan kadar yang lebih rendah, lebih mudah urus, dan paling pentingβ€”tak ada lagi tekanan dari ahlong.”

Matanya mula bercahaya. Harapan. Saya tahu dia nampak jalan keluar.

“Tapi macam mana bang? Saya takut bank tak luluskan.”

Saya tepuk bahunya. “Sebab tu aku ada. Aku akan bantu kau buat refinance rumah. Aku akan susun semua dokumen, pilih bank terbaik, dan pastikan kau dapat kadar faedah paling rendah. Percayalah, ini lebih baik daripada terus dikejar ahlong.”

Malam itu, Nazrudin pulang dengan hati lebih tenang. Saya tahu, dia akhirnya nampak cahaya dalam lorong gelap hidupnya.

Refinance rumah bukan sekadar tentang wang. Ia tentang memberi peluang kedua kepada mereka yang hampir putus asa. Dan bagi Nazrudin, refinance adalah penyelamat untuk dia, keluarganya, dan satu-satunya rumah yang mereka ada.

Scroll to Top