FinFixer Konsultan Kewangan No.1 di Malaysia
Jangan biarkan masalah kewangan menghantui hidup anda!
Pinjaman perumahan adalah komponen paling penting dalam proses membeli rumah. Melainkan anda ada wang tunai yang banyak.
ย
Bayangkan, anda dah sedia nak beli rumah. Gaji dah sedap. Karier dah stabil. Keluarga pun makin besar. Rumah pun dah target nak beli kat mana. Apabila pergi bank, bank tiba-tiba cakap anda sebenarnya tak layak mohon pinjaman perumahan. Alamak!
ย
Apa sebabnya? Inilah yang kami akan bincangkan dalam artikel ini. Bercakap pasal pinjaman perumahan, ada beberapa sebab kenapa bank tidak meluluskan pinjaman perumahan anda.
ย
Dalam artikel ini, kita akan menyelusuri tujuh sebab paling kerap berlaku.
Komitmen yang tidak perlu seperti pinjaman peribadi, kredit kad dan pinjaman kereta yang terlalu tinggi akan menyebabkan pinjaman perumahan anda bakal ditolak.
ย
Pihak bank akan melihat kemampuan anda untuk membuat bayaran balik pinjaman perumahan yang anda mohon itu.
ย
Kebanyakan bank akan menilai kemampuan seseorang dalam permohonan pinjaman perumahan melalui kaedah Debt Services Ratio (DSR).
Debt Service Ratio atau DSR adalah cara bank untuk ukur berapa banyak duit yang anda boleh bayar balik kepada bank lepas dapat gaji. Ia diukur dalam peratusan (%).
ย
Formulanya adalah:
DSR = ( Komitmen bulanan dengan bank / Gaji bersih ) x 100%
ย
Lagi tinggi nilai DSR anda, lagi bank tak suka.
Contoh:
ย
Gaji Bersih Sebulan : RM3,000
Pinjaman Kereta : RM700
Pinjaman Peribadi : RM500
ย
Jika anda memohon pinjaman perumahan untuk membeli rumah berharga RM300,000 yang mempunyai anggaran bayaran bulanan RM1,500.ย
ย
DSR adalah:
(RM700 + RM500 + RM1,500) / RM3,000 x 100 = 90%
ย
Dengan DSR setinggi 90%, kami boleh jamin permohonan pinjaman perumahan anda akan ditolak oleh bank.
ย
Tetapi jika anda memohon pinjaman perumahan untuk membeli rumah berharga RM100,000 yang mempunyai anggaran bayaran bulanan RM500.
ย
DSR adalah:
(RM700 + RM500 + RM500) / RM3,000 x 100 = 56.7%
ย
Dengan DSR sebanyak 56.7%, permohonan pinjaman bank anda ada kemungkinan untuk lulus.
ย
Kalau anda tanya berapa nilai maksimum DSR yang bank nak tengok untuk luluskan pinjaman perumahan, jawapannya adalah bergantung. Lain bank, lain nilai maksimum DSR yang mereka nak tengok.
ย
CCRIS adalah sebuah sistem Bank Negara Malaysia (BNM) yang mengumpul semua data kredit setiap individu daripada institusi kewangan. Ia boleh diibaratkan sebagai kad laporan disiplin pembayaran hutang kita. Melalui laporan CCRIS inilah bank boleh tahu perangai anda sebagai pembayar hutang.
Kalau anda jenis bayar hutang tepat pada masanya, laporan anda akan ada banyak nombor โ0โ.
ย
Kalau anda jenis culas bayar hutang, laporan anda akan ada nombor-nombor selain โ0โ. Contohnya angka โ1โ menandakan anda lewat bayar sebulan. Angka โ2โ menandakan anda lewat bayar dua bulan dan seterusnya.
ย
Pihak bank akan melihat laporan CCRIS ini sebelum meluluskan pinjaman perumahan anda. Jika anda mempunyai rekod yang baik iaitu angka โ0โ, peratus permohonan anda untuk lulus adalah sangat tinggi.
ย
Berita baiknya adalah, sebelum membuat permohonan pinjaman perumahan, anda boleh periksa sendiri laporan CCRIS anda.
ย
Dengan memeriksa sendiri laporan CCRIS anda sebelum pergi ke bank, anda boleh mengagak kebarangkalian permohonan pinjaman perumahan anda akan lulus atau tidak.
ย
Jika kebarangkaliannya rendah, sekurang-kurangnya anda boleh merangka masa permohonan anda semula supaya laporan CCRIS anda menjadi โlebih cantikโ.
ย
Net Disposable Income atau NDI pula adalah cara bank ukur kemampuan kita menyara hidup lepas gaji bersih kena tolak dengan komitmen bank lain seperti pinjaman kereta, motosikal atau peribadi.
ย
ย
Formulanya adalah:
NDI = Gaji Bersih โ Komitmen Bulanan
ย
ย
Lagi tinggi NDI anda, lagi bank suka. Sebab ini bermakna anda akan cukup duit untuk beli makanan, pakaian, bayar bil elektrik, air, telefon dan lain-lain lepas bayar hutang bank.
ย
ย
Kalau anda tanya berapa NDI yang bank nak tengok kita ada sebelum luluskan permohonan pinjaman perumahan, jawapannya adalah bergantung. Lain bank, lain nilai NDI yang mereka nak tengok.
ย
Contoh:
Gaji Bersih Sebulan : RM4,000.ย
Pinjaman Kereta : RM450
Pinjaman Motosikal : RM300
ย
Ketika ini, anda bercadang nak beli rumah berharga RM300,000. Anggaran bayaran pinjaman perumahan untuk rumah RM300,000 adalah RM1,500 sebulan.
ย
Jadi NDI adalah:
RM4,000 (Gaji Bersih) โ RM450 (Kereta) โ RM300 (Motosikal) โ RM1,500 (Rumah) = RM1,750
ย
Dengan NDI sebanyak RM1,750, anda layak memohon pinjaman perumahan di semua bank.
ย
Nota : Lain Bank Lain NDI. Inilah bergantung kepada Bank.
ย
Bayang jika ada orang yang kita tak kenal datang nak pinjam duit. Kita rasa suspicious kan? Sebab kita tak tahu perangai dia bila tiba masa nak bayar.ย Ini sebab yang sama kenapa bank tak luluskan permohonan pinjaman perumahan orang yang tak pernah buat hutang dengan bank.
ย
ย
Setiap kali jumpa pemohon pinjaman, bank akan tengok laporan CCRIS dulu. Tapi apabila jumpa pemohon yang kosong laporan CCRIS-nya kerana tak pernah berhutang dengan bank, bank biasanya akan menolak permohonan tersebut.
ย
ย
Untuk menjadikan laporan CCRIS anda tak kosong, anda perlu berhutang dengan bank dahulu. Tapi pastikan hutang tersebut boleh dibayar!
ย
ย
Ramai orang muda buat silap bila buat pinjaman kali pertama untuk beli kereta import atau motosikal berkuasa tinggi. Tak pun buat kad kredit tapi berbelanja sakan.
ย
ย
Lihat keperluan anda semula. Bukan kehendak.ย Jika anda memerlukan kereta atau motosikal, pilih model yang mampu untuk anda bayar hutangnya tepat pada masa kepada bank.
ย
ย
Jika anda tak memerlukan kereta atau motosikal, anda boleh buat kad kredit. Tapi pastikan anda buat kad kredit macam kad debit โ hanya pakai apabila ada cash.
ย
ย
Barulah laporan CCRIS anda cantik dan banyak nombor โ0โ.
ย
ย
Berbekalkan laporan CCRIS yang cantik, anda periksa pula Debt Service Ratio (DSR) dan Net Disposable Income (NDI) anda.ย
ย
Apabila semua ini cantik, barulah senang permohonan pinjaman perumahan anda untuk lulus.
ย
Maksud pekerjaan berisiko tinggi di sini adalah pekerjaan di sektor yang mudah terkesan dengan ketidaktentuan ekonomi global.ย
ย
Contoh paling klasik adalah pekerjaan dalam bidang minyak dan gas (O&G).
ย
ย
Kita sendiri pernah menyaksikan ketidaktentuan harga minyak di peringkat global telah menyebabkan ramai pekerja O&G dibuang kerja.
ย
Kemudian dikala wabak pandemik COVID-19 ketika ini, pekerjaan dalam sektor pelancongan, hospitaliti dan penerbangan pula dikategorikan sebagai pekerjaan berisiko tinggi oleh bank.
Meskipun begitu jika anda mempunyai DSR yang rendah, laporan CCRIS yang cantik serta NDI yang tinggi, anda sebenarnya mempunyai peluang untuk mendapatkan pinjaman perumahan Walaupun anda bekerja dalam sektor pekerjaan yang berisiko tinggi di mata bank.
ย
Kadangkala terdapat sesetengah lokasi kawasan perumahan yang tidak menarik minat bank untuk memberi pinjaman perumahan.
ย
Jika anda membeli rumah di lokasi tersebut, ada kemungkinan besar yang tidak akan meluluskan pinjaman perumahan anda.
ย
Kawasan-kawasan seperti Bukit Beruntung Rawang dan Taman Sentosa, Klang adalah antara contoh lokasi kawasan perumahan yang kurang menarik minat bank.
Ini kerana sudah banyak rumah diri lokasi tersebut yang telah dilelong lantaran permintaan yang kurang dan lokasi yang tidak strategik untuk dijadikan pelaburan.
Bank juga melihat reputasi pemaju sebagai salah satu faktor sebelum mereka meluluskan pinjaman perumahan anda.
ย
Jika anda membuat permohonan untuk membeli rumah dari salah satu pemaju yang tersenarai hitam oleh Jabatan Perumahan Negara, besar kemungkinan pinjaman perumahan anda akan digagalkan oleh pihak bank.
ย
Terdapat empat sebab mengapa pemaju disenarai hitam di bawah Akta Pemajuan Perumahan (Kawalan dan Pelesenan) 1966 [Akta 118]:
ย
1.Tiada lesen pemaju
2.Ingkar Award Tribunal Tuntutan Pembeli Rumah (TTPR)
3.Gagal membayar kompaun
4.Terlibat dalam projek perumahan terbengkalai
ย
Perlu diingat! Terdapat ratusan syarikat pemaju yang sudah tersenarai dalam senarai hitam ini.
Jadi pastikan anda semak dahulu jika pemaju yang membina rumah anda tersenarai atau tidak.
Anda juga boleh membuat semakan dengan pihak bank untuk memastikan pemaju rumah anda tidak berada dalam senarai hitam mereka.
Untuk memeriksa senarai penuh pemaju senarai hitam di bawah Jabatan Perumahan Negara, sila layari pautan https://ehome.kpkt.gov.my/index.php/pages/view/43.
Moga perkongsian ini memberi manfaat.
Jangan biarkan masalah kewangan menghantui hidup anda!
Mungkin masih ada yang tak tahu rumah yang sendiri tengah tinggal dan berlindung sekarang sebenarnya mampu membantu untuk jana duit. Duit yang dijana dapat digunakan untuk pelbagai tujuan seperti: mengubahsuai rumah, pendidikan, melangsaikan hutang, pelaburan, aliran tunai, modal perniagaan dan lain-lain.
ย
Namun, sebab utama pemilik rumah membuatย refinancingย adalah untuk membuat pinjaman baru dengan kadar faedah yang lebih rendah bagi menggantikan pinjaman perumahan sedia ada daripada bank, termasuklah pinjaman perumahan LPPSA yang disediakan untuk kakitangan kerajaan. Jika anda mencari cara refinance rumah yang menguntungkan dan mengurangkanย komitmen bulanan, pastikan anda baca artikel ini sampai habis!
Refinance Rumah merujuk kepadaย penukaran pinjaman perumahan sedia ada ke pinjaman baharu di bawah syarat dan terma yang berlainanย dari bank.ย Selalunya, ramai pemilik rumah mengambil alternatif tersebut kerana boleh mendapatkan terma atau kadar faedah yang lebih baik atauย menurunkan bayaran ansuran bulanan.
Ringkasnya, pinjaman baru akan dibuat bagi membayar hutang pinjaman lama berdasarkan dengan harga nilaian semasa rumah. Pemilik rumah hanya perlu membayar ansuran bulanan bagi pinjaman baru yang dilakukan.
ย
Mengambil kesempatan atas perubahan dalamย Kadar Asasย (yang mempengaruhi kadar faedah pinjaman rumah), pembiayaan semula adalah cara terbaik untuk mengurangkan ansuran bulanan pinjaman rumah anda sekiranya anda memohon ketika kadar asas menurun atau ketika kadar faedah yang lebih baik ditawarkan oleh bank.
ย
Andaikan kadar faedah tetap pinjaman perumahan anda sebanyak 6.85% setahun. Sebuah bank menawarkan pembiayaan semula dengan kadar faedah semasa sebanyak 4.35% setahun. Melalui pembiayaan semula anda dapat melakukan penjimatan sebanyak 2.5% setahun sepanjang tempoh pinjaman anda. Katakan nilai apartmen anda berharga RM300,000. Dengan perbezaan kadar faedah sebanyak 2.5% itu anda dapat melakukanย penjimatanย sebanyakย RM7,500 setahun atau RM625.00 sebulan.
Pertumbuhan modalย ialah kenaikan nilai aset, termasuk hartanah. Selepas beberapa tahun, anda secara peribadi,ย boleh memanfaatkan pertumbuhan modalย ini dengan cara membuat pembiayaan semula pinjaman perumahan anda sekarang.
ย
ย
Andaikan anda adaย baki hutang pinjaman rumah sebanyak RM400,000.ย Walau bagaimanapaun,ย penilaian semasa hartanah anda ialah RM500,000. Anda bole refinance rumah pada kadar 90% daripada RM500,000 dan memperolehย pembiayaan RM450,000.ย
ย
Anda boleh gunakan RM400,000 untuk melunaskan pinjaman lama danย simpan baki RM50,000. Keuntungan tunai sebanyak RM50,000 ini boleh digunakan untuk keperluan kewangan yang lain.
Jika anda mempunyai isu-isu aliran wang bulanan, mengambil pelan pembiayaan semula dengan tempoh pinjaman yang lebih panjang membolehkan anda membayar dengan jumlah wang yang lebih kecil dalam ansuran bulanan, dan meninggalkan lebih banyak baki daripada pendapatan bulanan anda untuk kegunaan peribadi.
ย
Andaikan anda membuat pinjaman perumahan sebanyak RM400,000 dengan kadar faedah 4.8% setahun selama 35 tahun (jenis pinjaman fleksi, margin pembiayaan 90% dan tempoh berkunci selama 5 tahun), anda mungkin mempunyai bayaran bulanan sebanyakย RM1,771.
ย
Katakan selepas membayar selama 10 tahun, anda membuat keputusan untuk membiayai semula jumlah baki pada kadar semasa yang lebih rendah (4.35%) tetapi memanjangkan tempoh untuk jangkamasa yang sama. Dengan andaian baki jumlah pinjaman sedia ada sebanyak RM350,000, bayaran bulanan anda adalah sebanyak RM1,633.
Anda boleh pilih antara pinjaman rumah dengan kadar faedah tetap, yang tidak berubah, atau kadar faedah bolehubah, yang berubah mengikut pasaran. Kadar tetap memberi kestabilan, sementara kadar bolehubah boleh jadi lebih murah jika pasaran baik. Dengan refinancing, anda boleh tukar dari satu jenis ke yang lain, sesuai dengan keperluan kewangan anda sekarang.
Refinancing membolehkan anda gabungkan semua hutang anda ke dalam satu pinjaman, jadi anda hanya perlu buat satu bayaran setiap bulan. Ini termasuk hutang kad kredit dan pinjaman peribadi, yang akan dilunaskan oleh bank atau koperasi yang anda refinance dengan, memudahkan pengurusan kewangan anda.
Anda juga mungkin akan mendapatย cashback selepas refinance rumah anda. Menggunakan wang tersebut untuk mengubahsuai rumah adalah pelaburan yang cukup baik untuk mana-mana pemilik rumah, kerana ia akan dapat meningkatkan harga pasaran rumah tersebut!
Jika sebelum ini anda menggunakan pinjaman berunsurkan pinjaman konvensional, salah satu cara untuk menukar jenis pinjaman perumahan tersebut boleh dilakukan dengan teknik refinance rumah. Antara kelebihanย pinjaman islamikย berbanding pinjaman konvensional adalah:
Kadar keuntungan siling merupakan keuntungan maksimum yang boleh dikenakan di bawah pembiayaan berasaskan jualan. Keuntungan pinjaman adalah berdasarkan kadar BFR (kadar pembiayaan asas) Islamik dan boleh diubah berdasarkan keadaan pasaran ia tidak boleh melebihi kadar keuntungan siling.
Keuntungan akan dicaj berdasarkan prinsipal yang belum dijelaskan tanpa melibatkan unsur kompaun.ย Dengan tiadanya unsur kompaun, jumlah keuntungan yang mesti dibayar untuk pembiayaan adalah jauh lebih rendah berbanding pinjaman konvensional yang menjadikan caj pembayaran lewat juga lebih rendah.
Bagi anda yang tidak tahu atau masih keliru bagaimana cara untuk membuat refinance rumah, ini panduan untuk anda.
Seeloknya rumah tersebut adalah atas nama anda atau pasangan atau ibu bapa, masih boleh lagi untuk melakukan joint loan.
Nilai atau value rumah wajib anda periksa untuk pastikan harga value lebih tinggi daripada jumlah hutang bank. Jikalau sebaliknya, tiada guna untuk anda lakukan refinance rumah.
Sila pastikan CCRIS Report sudah dicetak sebelum mahu buat mana-mana pinjaman pun. Semua hutang-piutang dengan semua bank akan ditunjukkan di dalam CCRIS Report. Bank akan uruskan jika anda susah untuk lakukannya.
ย
Bank baru akan menganalisis latar belakang kewangan anda apabila anda buat pinjaman dengan bank baru untuk refinance rumah. Di dalam sistemย semak CCRIS online percuma, mereka akan melihat gaji dan komitmen anda. Mereka akan memastikan anda betul-betul layak untuk membuat pinjaman.
ย
Lagi satu mereka akan lihat jika bayaran bulanan anda cantik ataupun tidak? Adakah terdapat bayaran yang sangkut? Selalunya agak susah sedikit untuk mendapatkan kelulusan jika ada yang sangkut bayar lebih daripada 2 bulan.
Sebelum refinance rumah, penting untuk tahu jika anda layak untuk pinjaman baru. Anda boleh guna aplikasi online untuk semak kelayakan, atau minta bantuan dari bank untuk proses yang lebih terperinci. Ini akan tunjuk berapa banyak anda boleh pinjam dan cash yang mungkin dapat, membantu anda merancang pembayaran hutang sedia ada.
Anda sudah boleh memohon pinjaman untuk nak refinance rumah dengan bank apabila sudah lakukan langkah 1 hingga 4, cara cukup mudah.
ย
Selalunya keputusan boleh diketahui dalam masa 1-2 minggu, namun akan mengambil masa yang lebih lama lagi jika bank memerlukan dokumen yang lebih untuk sokongan permohonan anda.
Jangan biarkan masalah kewangan menghantui hidup anda!
5 Punca Utama Rakyat Malaysia Mempunyai Rekod Kredit Buruk
Pengurusan kewangan yang lemah boleh menyebabkan hutang. Berbelanja lebih daripada kemampuan atau pembayaran yang lewat juga boleh membawa kepada sejarah kredit yang buruk pada CCRIS dan CTOS. Seterusnya, anda boleh disenaraihitamkan oleh pihak bank.
ย
Menurut FinFixer, berikut adalah 5 sebab utama rakyat Malaysia disenaraihitamkan:-
1. Lewat Bayar: Pembayaran selepas tarikh tamat atau tertunggak
ย
Bil kad kredit dan pembayaran pinjaman sering menjadi tugas yang penting. Namun, jika pembayaran tertunggak berulang kali, ia akan memberi kesan buruk pada rekod kredit.
Pembayaran lewat akan tercatat dalam laporan CCRIS kerana Bank Negara Malaysia memantau sejarah pembayaran anda dari bank yang terlibat.
2. AKPK: Penstrukturan semula pinjaman
ย
Pinjaman untuk rumah, kereta, atau perniagaan adalah lumrah. Namun, penggunaan kad kredit melebihi kemampuan kewangan boleh mengakibatkan masalah. Mereka yang tidak mampu membayar pinjaman ini mungkin akan mendapat bantuan daripada Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK).
Penstrukturan semula pinjaman akan memberi kesan negatif pada skor kredit anda.
3. Akaun Dibawah Pemerhatian: Pinjaman Tidak Dibayar
ย
Jika anda gagal membayar pinjaman melebihi 90 hari, ia dianggap sebagai pinjaman tidak dibayar. Bank akan menandakan pinjaman ini sebagai “akaun dibawah pemerhatian” dan akan cuba mendapatkan semula pinjaman tersebut.
Pengambilan tindakan undang-undang atau pengisytiharan muflis juga akan merosakkan rekod kredit anda.
4. Saman Mahkamah atau Muflis: Tindakan undang-undang terhadap pinjaman tidak dibayar
ย
Jika bank atau institusi kewangan mengambil tindakan undang-undang terhadap anda, ia akan tercatat dalam rekod kredit anda.
Penghutang yang diisytiharkan muflis akan mempunyai kesan serius pada rekod kredit.
5. Rujukan Perdagangan: Hutang tertunggak dengan syarikat
Tidak semua hutang melibatkan institusi kewangan. Syarikat lain juga akan melaporkan hutang yang tertunggak, seperti bil telekomunikasi dan utiliti.
Jangan biarkan masalah kewangan menghantui hidup anda!
Semakin ramai di antara kita menghadapi tekanan komitmen kewangan, terutamanya disebabkan oleh hutang kad kredit dan pinjaman peribadi yang melampau.
Seorang pelanggan di Facebook, A, memperkenalkan FinFixer kepada seorang rakan, pelanggan B, yang berminat untuk melakukan pembiayaan semula rumah dari LPPSA ke Bank.
ย
Pelanggan B bertanya kepada Finfixer sama ada FinFixer boleh membantu dengan pembiayaan semula rumah dari LPPSA ke Bank. Jawapan adalah ianya mungkin.
ย
Selepas itu, FinFixer meminta pelanggan B untuk menyemak profil kewangan beliau untuk melihat sama ada beliau mengalami tekanan komitmen kewangan.
ย
Beliau memberitahu FinFixer bahawa beliau menghadapi tekanan komitmen kewangan kerana banyak potongan gaji dan juga pelbagai pinjaman di bank.
ย
Beliau ingin melakukan pembiayaan semula rumah untuk menyelesaikan hutang-hutang yang membebankan, sambil menikmati kadar faedah bank yang lebih rendah berbanding dengan kadar faedah LPPSA.
Matlamat utama beliau adalah untuk menyelesaikan hutang-hutang yang membebankan, kerana beliau menghadapi kesukaran untuk membuat pembayaran ansuran.
ย
Beliau meminta bantuan FinFixer dan selepas FinFixer mengkaji profil kewangannya, FinFixer memberitahu beliau bahawa ianya mungkin dilakukan, tetapi perlu memilih bank yang sesuai dengan profilnya.
ย
Pelanggan B mengikuti nasihat FinFixerย dengan menyediakan dokumen pendapatan dan mengemukakannya kepada bank yang sesuai.
ย
Dalam masa 5 hari bekerja, bank telah meluluskan permohonan pembiayaan semula rumahnya, membolehkannya menyelesaikan hutang-hutang yang membebankan.
ย
Beliau kini dapat memberi tumpuan ke pembayaran rumah kepada bank sahaja setelah menyelesaikan semua hutang tersebut.
ย
Akhirnya, pelanggan B sangat gembira kerana permohonan pembiayaan semula rumahnya telah diluluskan oleh bank. Beliau sebelum ini telah mengemukakan permohonan kepada 2 bank lain tetapi ditolak.
Jangan biarkan masalah kewangan menghantui hidup anda!
ย
Hari ini, pasukan di FinFixer ingin berkongsi beberapa tip tentang bagaimana untuk melakukan Pembiayaan Semula Rumah. Kami perhatikan banyak pertanyaan yang masuk dan agak sukar untuk menjawab setiap satu secara individu. Oleh itu, kami berharap pekerja kerajaan dapat merujuk artikel ini dahulu. Mereka yang telah membacanya juga boleh berkongsi di laman Facebook masing-masing.
Apa itu Refinance Rumah?
Untuk memahaminya dengan mudah, Pembiayaan Semula adalah seperti menukar dari Bank A ke Bank B. Dalam kes ini, melibatkan pemindahan pinjaman kerajaan atau pinjaman LPPSA ke bank juga.
Objektif Pembiayaan Semula Rumah
Sebelum menyelami dengan lebih mendalam tentang Pembiayaan Semula rumah, pastikan anda mempunyai objektif yang jelas. Objektif popular termasuk mendapatkan wang tunai, mengkonsolidasikan hutang, menukar kepada perbankan Islam, menambah atau mengeluarkan nama pasangan dari pinjaman, dan lain-lain.
Kelebihan Refinance Rumah
Banyak pelabur hartanah menggunakan teknik pembiayaan semula untuk memperluaskan portfolia hartanah mereka. Mereka melakukan Pembiayaan Semula Rumah untuk mendapatkan wang tunai, yang kemudian menjadi modal untuk membeli lebih banyak hartanah.
Sesetengah pelanggan memilih untuk melakukan Pembiayaan Semula Rumah untuk menggabungkan hutang mereka, seperti hutang kad kredit, pinjaman peribadi, pinjaman koperasi, dan lain-lain. Hutang-hutang ini biasanya datang dengan kadar faedah tinggi, mencipta beban kewangan.
Dengan menggabungkan hutang-hutang ini, aliran tunai menjadi positif, bermakna terdapat lebihan tunai setiap bulan, daripada semuanya digunakan untuk membayar hutang dengan kadar faedah tinggi.
Cara Refinance Rumah
Lain-lain melakukan Pembiayaan Semula Rumah untuk mendapatkan dana untuk pembaharuan rumah atau untuk menukar kepada rumah yang lebih besar. Sesetengah mungkin ingin menukar dari pinjaman konvensional ke perbankan Islam.
Kelayakan untuk Pembiayaan Semula Rumah
Walaupun Pembiayaan Semula Rumah boleh memberi manfaat wang tunai, prosedurnya serupa dengan memohon pinjaman baru.
Bank Terbaik untuk Refinance Rumah
Bank akan menilai pendapatan bulanan dan komitmen bulanan anda untuk memastikan anda mampu membuat pembayaran ansuran pinjaman baru.
Pastikan tidak ada tunggakan pinjaman, dan laporan CCRIS (Sistem Maklumat Rujukan Kredit) & CTOS (Perkhidmatan Maklumat Kredit) anda bersih. Jika laporan CCRIS anda tidak baik, selesaikan terlebih dahulu sebarang isu tertunggak. Selepas menyelesaikan semua perkara yang tertunggak, anda perlu menunggu 3-6 bulan sebelum memulakan proses pembiayaan semula.
Dokumen untuk Pembiayaan Semula Rumah
Pembiayaan Semula melibatkan kos seperti yuran guaman untuk mengendalikan dokumen perjanjian pinjaman, yuran untuk laporan penilaian, duti setem, dan lain-lain.
Jika anda ingin melakukan Pembiayaan Semula tanpa membayar keluar dari poket, anda boleh layari Pembiayaan Semula Rumah untuk Dapatkan Wang Tunai untuk maklumat lanjut.
Persediaan Sebelum Pembiayaan Semula Rumah
Sebelum melakukan Pembiayaan Semula, tentukan baki pinjaman kerajaan yang tinggal. Angka ini diperlukan untuk mengira jumlah wang tunai yang diperlukan.
Persediaan lain termasuk mengumpulkan dokumen seperti slip gaji, surat pengesahan majikan, penyata bank, dan lain-lain. Bank akan menyediakan senarai dokumen yang diperlukan.
Proses Pembiayaan Semula Rumah
Sebagai kesimpulan, Pembiayaan Semula Rumah kerajaan dapat memberikan manfaat wang tunai, tetapi hanya apabila melakukan Pembiayaan Semula dari pinjaman kerajaan ke pinjaman bank. Pastikan anda memenuhi kriteria Pembiayaan Semula dan tidak ada pembayaran tertunggak setidaknya dalam tempoh 6 bulan yang lalu.
Jadi, sama seperti pelabur hartanah yang melakukan Pembiayaan Semula Rumah untuk memperluaskan portfolia mereka, ini juga boleh memberi manfaat kepada pemilik rumah.
Jika anda berminat untuk melakukan Pembiayaan Semula Rumah, hubungi kami sekarang.
Jangan biarkan masalah kewangan menghantui hidup anda!
Hidup kadang-kadang perlu diberi nafas baru, sama juga dengan kewangan kita. Nak hidup lebih tenang dan santai tanpa masalah hutang yang banyak? Refinance adalah jawapannya! Dalam artikel ni, kita akan kongsi 5 kelebihan refinance yang buat hidup lebih tenang.
Kelebihan pertama yang wajib disebut, bayaran bulanan yang lebih ringan! Refinance memberi peluang untuk tukar kepada pembiayaan baru dengan kadar faedah yang lebih rendah. Hasilnya, bayaran bulanan pun menjadi lebih rendah dan ada lebihan baki duit dalam poket. Lagi lega, takde la berkira-kira sangat bila nak bercuti atau makan di luar dengan keluarga!
Dalam refinance, kita boleh capai kadar faedah yang lagi mesra. Ianya bermakna, jumlah yang kita bayar sebagai faedah kepada bank jadi kurang. Lagi rendah faedah, lagi banyak duit dalam tangan kita. Duit tu boleh disimpan, dijadikan dana pelaburan, atau guna untuk hal lain yang lebih penting.
Bila kita refinance dengan ekuiti rumah, tu bukan je jadi duit ‘tidur’. Boleh diambil untuk pelaburan, buka perniagaan kecil-kecilan, atau beli harta tambahan. Jadi, bukan sekadar refinance, tapi macam peluang baru untuk jana pendapatan tambahan!
Kadang-kadang kita terjebak dalam jaring hutang yang menjerat. Dengan refinance, kita boleh menggabungkan hutang-hutang kita dalam satu pembiayaan yang lebih mudah dikendalikan. Ini membantu kita membayar hutang lebih cepat, tanpa perlu risau tentang banyak bayaran bulanan.
Refinance dengan betul boleh bantu tingkatkan kredit skor kita. Bayaran tepat pada masanya dan rekod kewangan yang baik memberi kesan positif kepada kredit skor. Kredit skor yang baik membuka peluang untuk dapat pembiayaan dengan syarat yang lebih baik di masa depan.
Dengan 5 kelebihan yang FinFixer kongsi ni, kehidupan anda jadi lebih santai dan takde la tertekan dengan bayaran bulanan yang tinggi.
ย
Tapi, ingat ya, sebelum refinance, elakkan terus lompat je. Jika kita tahu dan pandai menggunakan sumber lebihan wang daripada refinance, hidup kita akan menjadi lebih tenang dan komitmen hutang pun makin berkurang!
ย
Nak dapatkan nasihat untuk refinance rumah? FinFixer boleh menawarkan nasihat tentang refinance. Hubungi kami sekarang!
Jangan biarkan masalah kewangan menghantui hidup anda!
Mesti pernah dengar pasal Pembiayaan Semula Rumah kan? Tapi pernah tak terpikir, boleh ke kita buat duit tambahan guna cara ni? Jom, artikel ni nak bongkar rahsia cara santai refinance rumah boleh jadi penyelamat kewangan dan sumber pendapatan ekstra!
Jadi, boleh ke buat duit dengan refinance rumah? Jawapannya memang boleh!ย
ย
Hubungi Pakar Kewangan FinFixer hari ni untuk dapatkan nasihat. Nak refinance tu kena pandai plan, jangan sampai terabur pulak. Ni kelebihan refinance. Kalau buat betul, refinance rumah ni macam jadi kawan baik dalam kewangan. Lagi santai, lagi senang!
Jangan biarkan masalah kewangan menghantui hidup anda!
Pembiayaan Semula Rumah atau Refinance Rumah adalah pendekatan kewangan yang semakin popular untuk mengurangkan beban hutang dan meningkatkan kesejahteraan kewangan. Dalam panduan ini, FinFixer akan membimbing anda melalui langkah-langkah refinance rumah yang berkesan.
Bandingkan pelbagai institusi kewangan yang menawarkan perkhidmatan refinance. Pertimbangkan kadar faedah, kos pemprosesan, dan syarat-syarat yang ditawarkan. Pilihlah institusi atau agensi yang sesuai dengan keperluan dan keadaan anda.
ย
Agensi seperti FinFixer menawarkan perkhidmatan refinance rumah melebihi 15 tahun. Lebih 10,000 kes telah diluluskan bersama kami dan berpuas hati dengan perkhidmatan dan layanan professional yang diberikan.
Jangan biarkan masalah kewangan menghantui hidup anda!
Pembiayaan Semula Rumah telah menjadi alternatif popular bagi mereka yang ingin meningkatkan kewangan mereka dengan lebih bijak.
ย
Dalam artikel ini, FinFixer akan membantu anda memahami apa itu Pembiayaan Semula Rumah, manfaatnya, serta langkah-langkah penting yang perlu diambil jika anda berminat untuk mengambil langkah ini menuju kesejahteraan kewangan yang lebih baik.
Apa Itu Pembiayaan Semula Rumah?
Pembiayaan Semula Rumah atau lebih dikenali sebagai “Refinance Rumah,” merujuk kepada proses menggantikan pinjaman perumahan sedia ada dengan pinjaman baru yang biasanya datang dengan kadar faedah dan syarat yang berbeza.
ย
Tujuan utama pembiayaan semula adalah untuk mengurangkan beban kewangan dengan mendapatkan kadar faedah yang lebih rendah, menyelaraskan tempoh pembayaran, atau mendapatkan dana tunai tambahan dengan menggunakan ekuiti rumah.
Manfaat Pembiayaan Semula Rumah:
ย
Pengurangan Kos Faedah:ย Salah satu manfaat utama pembiayaan semula rumah adalah kemungkinan mendapatkan kadar faedah yang lebih rendah berbanding pinjaman sedia ada. Ini akan membantu anda mengurangkan jumlah faedah yang dibayar dalam jangka masa panjang.
Dana Tunai Tambahan:ย Anda juga boleh menggunakan pembiayaan semula untuk mendapatkan dana tunai tambahan dengan menggunakan ekuiti rumah yang terkumpul. Duit tambahan ini boleh digunakan untuk membayar hutang lain, perbelanjaan besar, atau pelaburan lain yang menguntungkan.
Penyatuan Hutang:ย Melalui pembiayaan semula, anda boleh menyatukan hutang-hutang lain seperti pinjaman peribadi atau kad kredit ke dalam satu pinjaman baru. Ini membantu anda mengurangkan banyak ansuran bulanan yang perlu diuruskan.
ย
Langkah-Langkah Penting Dalam Pembiayaan Semula Rumah:
ย
Kesimpulan
Pembiayaan Semula Rumah adalah langkah strategik untuk meningkatkan kewangan anda dengan menyesuaikan pinjaman perumahan anda pada keadaan semasa.
ย
Manfaatnya termasuk pengurangan kos faedah, peningkatan fleksibiliti kewangan, dan peluang untuk mendapatkan dana tunai tambahan.
ย
Dengan melakukan penyelidikan yang teliti dan mendapatkan nasihat daripada pakar, pembiayaan semula rumah boleh menjadi alat yang efektif dalam mencapai kesejahteraan kewangan yang lebih stabil.
Jangan biarkan masalah kewangan menghantui hidup anda!