Boleh Buat Duit Ke

Dengan Cara

Refinance Rumah?

Tahun 2020 memang tahun yang sangat mencabar. Saya Akmal, berumur 54 tahun merupakan pengusaha pusat tuisyen. Saya ada 5 cawangan pusat tuisyen di sekitar Selangor. Tahun 2019 dan 2020 memang tahun yang mencabar. Pendapatan saya memang terjejas masa tu.

Nak bayar hutang rumah, hutang kereta, hutang loan peribadi lagi. Belum lagi nak fikir gaji guru-guru yang memang kerja fulltime dengan saya.  Bayangkan, pusat tuisyen tak boleh beroperasi, yang boleh pun hanyalah kelas online je. Saya kehilangan hampir 70% pendapatan bulanan saya. 

Isteri pula suri rumah sepenuh masa. Anak-anak pula ada 3 orang dan semua masih bersekolah. Yang paling menekan saya ialah bagaimana saya nak dapatkan duit untuk bayar gaji pekerja lah. Masa tahun 2019 tu saya boleh survive lagi, guna duit simpanan yang ada. Saya harap sangat keadaan akan kembali normal. 

Tapi rupanya jangkaan saya salah.  Tahun 2021 pun saya kena lalui masalah yang sama. Pusat tuisyen masih belum boleh beroperasi sepenuhnya. Masa tu memang saya jadi buntu bila fikirkan masalah kewangan yang saya hadapi. Lagi-lagi bila dah habis moratorium pinjaman.

Haa masa tu memang rasa nak pecah kepala fikir commitment bulanan yang ada. Saya ada 2 buah rumah, 2 buah kereta, kad kredit dan beberapa loan peribadi yang sangat kena tanggung. Masa ni jugalah saya punya rekod ctos ccris saya mula tak cantik. Yelah, saya terpaksa cover sana sini untuk bayar commitment2 saya. Ansuran bulanan untuk rumah, kereta memang ada yang saya tak mampu nak bayar pun. 

Masa tu dalam fikiran saya adalah saya perlu dapatkan pinjaman kewangan untuk saya jadikan modal perniagaan lain sementara nak tunggu business tuisyen saya kembali stabil macam sebelum ni. Isteri pun masa tu tolong juga dengan berniaga kek dan kuih tradisional. Anak-anak lah yang paling kesian. Sebelum ni kami boleh dikatakan hidup selesa juga lah. Tapi tiba-tiba kena catu makanan, barang-barang mainan dan pakaian pun terpaksa dijual preloved. 

Satu hari tu, saya pun mula cari pinjaman kewangan apa yang saya boleh mohon untuk bantu saya keluar dari financial difficulties yang saya hadapi ni. Masa saya sedang sibuk google tu, saya ada terbaca satu artikel berkenaan program refinance rumah. Apa yang paling menarik sekali saya baca, melalui refincance rumah ni saya boleh dapat cash out. Bukan tu je, saya juga boleh kurangkan komitmen bulanan saya. Memang dua benda ni lah yang saya perlukan sangat untuk bantu saya selesaikan masalah kewangan yang saya hadapi. 

Saya pun terfikir, duit cash out dari Pembiayaan Semula Rumah ni boleh digunakan untuk buat modal business baru saya. Jika betul komitmen bulanan saya dapat dikurangkan, memang saya lega sangat-sangat. Ye lah sebab saya sendiri tak tahu berapa lama saya nak ambil untuk pulihkan balik kewangan saya seperti sebelum ni. 

Jadi saya pun apa lagi. Terus cari info berkaitan refinance rumah ni. Saya ada juga call beberapa bank yang tawarkan program ni. Dari situ, saya rasa saya dah lebih faham dan saya pun terus buat keputusan untuk buat permohonan. 

Saya pastikan semua dokumen yang diperlukan cukup, maklumlah saya kan berniaga, memang lagi banyak dokumen yang bank perlukan berbanding dengan orang yang makan gaji.  23 Jun 2021 saya hantar permohonan pertama saya kat Bank ****. Lepas hantar je permohonan, saya dh siap2 kira dah bajet untuk gunakan duit cash out yang saya dapat tu. Saya pun memang yakin la permohonan saya ni akan lulus. Tapi tunggu punya tunggu tak ada berita. Satu hari, saya dapat call dari pihak bank, itu pun rasanya dah dekat sebulan selepas saya hantar permohonan, saya dah gembira ingatkan nak dapat berita gembira. Rupanya bank call minta lagi document, katanya tak lengkap. Akhirnya tak lulus pula.  

Saya tak putus asa. Tapi saya memang betul-betul kecewa la masa tu, sebab saya memang dalam keadaan yang perlukan wang. Tiba-tiba saya teringat, saya ada seorang kawan, dia Mortgage Consultant. Saya pun terus hubungi dia nak ceritakan masalah saya. Dia pun cerita lah dengan lebih detail pasal mortgage finance dekat saya. Dia ajar saya cara kira guna mortgage calculator. Banyak juga input baru saya dapat dari kawan saya ni. Dia cakap dia boleh bantu pastikan loan saya diluluskan. Saya pun lega lah masa tu, dan betul-betul berharap yang dia memang boleh tolong. 

Saya pun sediakan dokumen seperti apa yang dia minta. Beberapa kali juga dia review dokumen saya. Cuma satu masalah saya, sebab rekod CTOS CCRIS saya dah mula tak cantik. Ingat tak tadi saya cerita yang saya ada miss house payment, loan kereta tu? Haa tu lah. Tapi kawan saya kata dia ada kenal orang dalam bank, so dia yakin yang dia boleh bantu saya. Bila semua dokumen dah lengkap, kawan saya pun submit lah permohonan saya. 

Sekali lagi, berita sedih. Sebab loan saya tak diluluskan juga! Masa tu rasa gelap balik dunia saya. Memang serabut betul fikiran bila kita dalam krisis kewangan ni. Kawan saya tu sampai jadi malu lah dengan saya sebab tak dapat nak bantu. Tapi yelah, bukan salah dia pun kan. Nak tahu cerita seterusnya? Baca seterusnya di Part 2, macam mana saya cari jalan untuk keluar dari masalah kewangan yang hadapi ni.

Article Part #2

Tak Sangka Ini Rupanya Sebab Mengapa Bank Tolak Permohonan Refinance Rumah!

Satu hari tu, saya ada ternampak iklan oleh FinFixer di Facebook. Macam tahu-tahu je kita ni tengah sibuk cari cara nak refincance rumah kan. Mula-mula iklan tu lalu, saya baca, dan abaikan. Kali kedua iklan yang sama lalu …

Menjadi agensi terkemuka yang menawarkan khidmat nasihat pengurusan dan perancangan kewangan yang menyeluruh di Malaysia.

Ikuti kami untuk maklumat terkini