fbpx

Apa itu Debt Consolidation?
Apa Manfaat Satukan Hutang-Hutang?

Debt consolidation ni merujuk kepada proses menggabungkan beberapa hutang yang berbeza menjadi satu pinjaman tunggal. Tujuan utama adalah untuk menyederhanakan pembayaran hutang dengan menggabungkan semua hutang ke dalam satu pinjaman dengan pembayaran bulanan yang lebih rendah atau kadar faedah yang lebih baik.

Sebagai contoh,

Baki pinjaman terkini dengan Bank semasa: RM 150,000

Harga Pasaran Rumah: RM 500,000

90% pinjaman: RM 450,000 (RM 500,000 x 90%)

Maximum Cash Out: RM 300,000 (RM 450,000 – RM 150,000)

Baki terkini Credit Card: RM 10,000

Baki terkini Pinjaman Peribadi: RM 35,000

Jumlah Baki terkini: RM 45,000

Balance Cash Out: RM 255,000 (RM 300,000 – RM 45,000)

RM 255,000 inilah cash out yang akan dibayar kepada pemilik rumah dalam bentuk tunai

Apa Manfaat Apabila Buat Debt Consolidation?

Biasanya, hutang-hutang yang digabungkan adalah hutang kad kredit, pinjaman peribadi, atau pinjaman lain yang mungkin mempunyai kadar faedah yang tinggi. Antara manfaat-manfaat adalah seperti berikut :-

a) Memudahkan Perkara Mengurus 1 Jenis Hutang

Dengan menggabungkan kesemua hutang-hutang dalam satu pinjaman, pembayaran bulanan mungkin boleh dikurangkan.

b) Mendapatkan Kadar Faedah Yang Lebih Rendah

Salah satu faedah utama penyatuan hutang ialah potensi untuk mendapatkan kadar faedah yang lebih rendah ke atas pinjaman yang telah disatukan.

c) Memberikan Kestabilan, Penjimatan dan Ketenangan

Penyatuan semula hutang boleh memberikan rasa kestabilan kewangan dengan mengawal hutang anda dengan struktur pembayaran yang lebih baik.

FinFixer Konsultan Kewangan No.1 di Malaysia

Jangan biarkan masalah kewangan menghantui hidup anda!