fbpx

Apakah Kelebihan Refinance Rumah?

Hidup kadang-kadang perlu diberi nafas baru, sama juga dengan kewangan kita. Nak hidup lebih tenang dan santai tanpa masalah hutang yang banyak? Refinance adalah jawapannya! Dalam artikel ni, kita akan kongsi 5 kelebihan refinance yang buat hidup lebih tenang.

1. Bayaran Bulanan Menjadi Lebih Ringan

Kelebihan pertama yang wajib disebut, bayaran bulanan yang lebih ringan! Refinance memberi peluang untuk tukar kepada pembiayaan baru dengan kadar faedah yang lebih rendah. Hasilnya, bayaran bulanan pun menjadi lebih rendah dan ada lebihan baki duit dalam poket. Lagi lega, takde la berkira-kira sangat bila nak bercuti atau makan di luar dengan keluarga!

2. Dapat Kadar Faedah Lebih Rendah

Dalam refinance, kita boleh capai kadar faedah yang lagi mesra. Ianya bermakna, jumlah yang kita bayar sebagai faedah kepada bank jadi kurang. Lagi rendah faedah, lagi banyak duit dalam tangan kita. Duit tu boleh disimpan, dijadikan dana pelaburan, atau guna untuk hal lain yang lebih penting.

3. Jana Pendapatan Tambahan

Bila kita refinance dengan ekuiti rumah, tu bukan je jadi duit ‘tidur’. Boleh diambil untuk pelaburan, buka perniagaan kecil-kecilan, atau beli harta tambahan. Jadi, bukan sekadar refinance, tapi macam peluang baru untuk jana pendapatan tambahan!

4. Menyelesaikan Hutang Lebih Cepat

Kadang-kadang kita terjebak dalam jaring hutang yang menjerat. Dengan refinance, kita boleh menggabungkan hutang-hutang kita dalam satu pembiayaan yang lebih mudah dikendalikan. Ini membantu kita membayar hutang lebih cepat, tanpa perlu risau tentang banyak bayaran bulanan.

5. Penambahbaikan Skor Kredit

Refinance dengan betul boleh bantu tingkatkan kredit skor kita. Bayaran tepat pada masanya dan rekod kewangan yang baik memberi kesan positif kepada kredit skor. Kredit skor yang baik membuka peluang untuk dapat pembiayaan dengan syarat yang lebih baik di masa depan.

Kesimpulan: Hidup Lebih Tenang!

Dengan 5 kelebihan yang FinFixer kongsi ni, kehidupan anda jadi lebih santai dan takde la tertekan dengan bayaran bulanan yang tinggi.

 

Tapi, ingat ya, sebelum refinance, elakkan terus lompat je. Jika kita tahu dan pandai menggunakan sumber lebihan wang daripada refinance, hidup kita akan menjadi lebih tenang dan komitmen hutang pun makin berkurang!

 

Nak dapatkan nasihat untuk refinance rumah? FinFixer boleh menawarkan nasihat tentang refinance. Hubungi kami sekarang!

FinFixer Konsultan Kewangan No.1 di Malaysia

Jangan biarkan masalah kewangan menghantui hidup anda!